Sunday 12 November 2017

SUKJ.(DN).Bil: 311/02/2-1/13/5/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 83 (A82)

Nyatakan unit yang manakah bertanggungjawab menyelenggarakan sistem kumbahan najis di Taman Tasek, Johor Bahru, terutamanya di kedai-kedai yang berada di Jalan Glasiar, dan Jalan Lembah?

JAWAPAN YB DATUK HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Semua bangunan kediaman dan rumah kedai di Taman Tasek adalah menggunakan tangki septik individu yang diselenggarakan sendiri oleh pemilik. Pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hanya menyelenggara kawasan perumahan, industri atau perdagangan yang menggunakan sistem pembetungan berpusat.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTUL/S DEWAN NEGERI JOHOR
7 SEPT. 2017 (ina)
129
----------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 84 (A83)

Nyatakan statistik berkenaan dengan unit-unit rumah dalam zon antarabangsa, termasuk bilangan unit, pembangunan bilangan unit akan datang, kadar penghunian dan lain-lain untuk jangka masa terkini.

JAWAPAN YB DATUK HAJJ MD. JAIS BIN SARDAY

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di dalam zon Antarabangsa terdapat 4 projek perumahan yang dibangunkan iaitu Projek Forest City di Tanjung Kupang, Projek R&F Di Tanjung Puteri,Projek Country Garden Di Danga Bay danProjek Tropez Tropicana Di Danga Bay. Jumlah keseluruhan pembangunan bagi 4 projek di zon antarabangsa adalah berjumlah 41731
unit.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
7 SEPT. 2017 (ina)
130

-------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 85 (A84)

Nyatakan jumlah bilangan hak milik strata yang terkini dengan mengikut status JMB dan MC.

JAWAPAN YB DATUK HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Berdasarkan rekod, sejumlah 1,288 perbadanan pengurusan telah ditubuhkan.

Bagi negeri Johor, hak milik strata telah didaftarkan buat kali pertama
adalah pada 9 Oktober 1990 yang merupakan 5 skim kos rendah di Taman Cempaka telah dibina oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.Semakan sehingga 31 Ogos 2017 mendapati jumlah hak milik strata yang telah didaftarkan adalah sebanyak 105,182 hak milik.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
7 SEPT. 2017 (ina)
131

------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Dl PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 86 (A85)

Mengikut simulasi, jika suhu bumi naik 2 Celsius, maka paras air laut akan menaik secara mendadak, dan bandar di persisiran pantai termasuk Johor Bahru akan ditenggelami air, jadi setakat ini apakah tindakan kerajaan untuk menangani isu ini?

JAWAPAN YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT

Sekiranya suhu bumi meningkat, kenaikan paras aras laut adalah berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Setakat ini kenaikan paras air laut disebabkan pemanasan atau peningkatan suhu bumi masih belum menjadi isu utama di kawasan pantai.

Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan mengarahkan Jabatan-Jabatan berkaitan untuk mengenal pasti dan melindungi pesisir pantai dengan membaiki dan menyelenggara ban-ban pantai bagi persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Memandangkan peruntukan pembinaan atau baik pulih ban pantai memerlukan kos yang tinggi, Kerajaan Negeri memohon kerjasama Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan manakala bagi kos penyelenggaraan dan pembaikan kecil, Kerajaan Negeri dar semasa ke semasa sentiasa menyalurkan peruntukan yang diperlukan bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan.

Di peringkat Malaysia, perkara ini telah dibincangkan dalam Bengkel Hakisan Pantai Negara. Beberapa lokasi di Pantai Barat Semenanjung Malaysia telah dikenal pasti dan beberapa Best Management Practices (BMPS) telah dicadangkan.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
7 SEPT. 2017 (ina)
132
-----------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 87 (A86)

Nyatakon statistik terkini berkenoon mesin kuda haram mengikut Daerah
masing-masing.

JAWAPAN YB DATUK HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Tiada statistik berkenaan mesin kuda haram di negeri Johor.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTUL/S DEWAN NEGERI JOHOR
7 SEPT. 2017 (ina)
133

------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 88 (A87)

Baru-baru ini terdapat beratus-ratus ikan mati terdampar di beting pasir di Sungai Johor, apakah punca hal ini berlaku hampir setiap tahun?

JAWAPAN YB DATUK HAJJ AYUB BIN RAHMAT

Berhubung dakwaan kejadian ikan mati yang berlaku dan terdampar di kawasan beting pasir Sungai Johor baru-baru ini dimaklumkan bahawa tiada aduan mengenai kejadian tersebut diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JAS) dalam masa beberapa minggu yang lalu. Walaubagaimanapun Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor ada menerima aduan daripada pihak Syarikat Air Johor (SAJ) mengenai penutupan Loji Rawatan Air Semanggar akibat peningkatan paras ammonia yang tinggi pada 22 Ogos 2017.

Susulan dari penutupan loji tersebut pihak JAS telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca peningkatan ammonia yang berlaku . Keesokan harinya iaitu pada 23 Ogos 2017 diberitakan dalam akhbar bahawa nelayan-nelayan penduduk orang asli Kampung Sayong Pinang telah mengalami kerugian akibat kematian ikon di Sungai Sayong.Untuk makluman, Sungai Sayong adalah sebahagian daripada sungai yang terletak dalam lembangan Sungai Johor.

Hasil dari siasatan yang telah dijalankan oleh pihak JAS mendapati punca kenaikan paras ammonia adalah dari pelepasan tahi ayam yang dibawa oleh aliran air hujan kedalam sungai Sayong. Pelepasan tahi ayam berpunca dari premis menyimpan tahi ayam untuk pembuatan baja yang di jalankan oleh syarikat United Propel . Berdasarkan pada tarikh dan masa didapati kejadian ikan mati dan penutupan Loji Rawatan Air Semanggar berlaku pada hari yang soma dan di percayai punca kematian ikon mati juga berpunca dari punca yang soma dan dianggap sebagai "pollution event" yang berlaku pada tarikh tersebut.

Kejadian yang soma juga pernah berlaku pada tahun 2016 dan tindakan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga telah dikeluarkan kepada pemilik premis berkenaan. Perkara ini juga telah dipanjangkan kepada pihak Pejabat Tanah Kulai dan memohon supaya tindakan dibawah Kanun Tanah Negara diambil kerana didapati telah melanggar syarat nyata tanah yang dibenarkan.

UNIT DEWAN,
PEJABA T JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
7 SEPT. 2017 (ina)
134
-------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13 PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B62

Nyatakan butir-butir berkenaan rancangan penggantian jejantas penjalan kaki yang merentasi Jalan Wong Ah Fook yang berdekatan dengan City Square.

JAWAPAN YB DATUK HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Jejantas pejalan kaki yang merentasi Jalan Wong Ah Fook berdekatan Pusat Membeli Belah City Square telah dirobohkan bagi membolehkan pembangunan Projek Tebatan Banjir Sungai Segget yang di jangka siap pertengahan tahun 2018. Pada masa kini tiada sebarang cadangan penggantian semula jejantas tersebut. Walau bagaimanapun, untuk keselesaan pejalan kaki, satu jejantas pejalan kaki berhawa dingin dengan kemudahan "roof top garden" akan dibina dari PERSADA ANNEX ke JB Sentral merentasi Jalan Trus dan Jalan Wong Ah Fook. Peruntukan UKAS telah diterima dan akan dilaksanakan oleh Tetuan Coronade Properties Sdn. Bhd. pada Disember 2017 bagi Fasa 1.

Selain itu, melalui projek pengindahan Sungai Segget telah turut menyediakan kemudahan lintasan pejalan kaki yang selamat di sepanjang Jalan Wong Ah Fook. Reka bentuk bagi "traffic calming" dan meminimumkan konflik pejalan kaki serta kenderaan turut diambil kira dalam mereka bentuk projek pengindahan Sungai Segget ini.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
a riff (Soalan bertulis APRIL 2017
------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B63

Apakah impak terhadap alam sekitar termasuk kualiti air selepas baraj dibina di Sungai Johor.

JAWAPAN YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT

Pada dasarnya, pembinaan Barrage Sungai Johor tidak akan menjejaskan atau mengganggu kualiti air serta memberi kesan yang buruk terhadap alam sekitar. lni adalah kerana pembinaan Barrage berfungsi untuk mengelakkan kemasukan air masin semasa air pasang dan mengelakkan gangguan operasi loji-loji di hulu Barrage. Prosedur Operasi Standard (SOP) Barrage juga telah diguna pakai sepanjang pengoperasian Barrage tersebut.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff(soalan bertulis APRIL 2017

------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B64

Pelan tindakan masyarakat karbon rendah 2025 dikatakan telah masuk ke fasa kedua, nyatakan butir-butir berkenaan tindakan dalam fasa satu, termasuk tindakan yang telah diambil, dan hasil dari lengkapnya tindakan fasa satu.

JAWAPAN YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT

Masyarakat Rendah Karbon atau Low Carbon Society (LCS) adalah salah satu program utama yang sedang dilaksanakan sejak tahun 2012 bagi mencapai visi pembangunan mampan Iskandar Malaysia. Program ini menyasarkan Iskandar Malaysia menjadi pembangunan wilayah ekonomi yang rendah karbon melalui pengurangan pelepasan karbon intensiti sehingga 58 peratus untuk tempoh sasaran sehingga tahun 2025.Pencapaian berterusan pelaksanaan program ini dibuat berpandukan Kitaran Pembangunan Rendah Karbon.

Kitaran Pembangunan Dokumen Sokongan
Rendah Karbon
Peringkat 1 inventori Low Carbon Society Blueprint for Iskandar Malaysia 2025
tahun asas

Peringkat 2 Analisis senario
masa depan

Peringkat 3 Pen eta pan
Sasaran

Peringkat 4- Pelan • Low Carbon Society Action Plan 2025 for 5 Local
Tindakan Authorities
• Iskandar Malaysia: Actions for A Low Carbon Future implementation booklet

Peringkat 5- Pelaksanaan Pelaksanaan program- program berkaitan oleh PBT,IRDA, agensi kerajaan dan swasta

Peringkat 6- Penjejakan • Iskandar Malaysia Greenhouse Gas Inventory 2015Prestasi
• Penubuhan Jawatankuasa lnduk Pelon Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia dan
Jawatankuasa Kerja di setiap PBT

Fasa pertama merangkumi Peringkat 1 iaitu lnventori Tahun Asas sehingga peringkat 4 iaitu Pelon Tindakan dan hasilnya adalah Pelon Tindakan masyarakat rendah karbon 2025 untuk 5 PBT di Iskandar Malaysia. Seterusnya, bagi Fasa kedua pula, ia merangkumi Peringkat 5 iaitu Pelaksanaan dan Peringkat 6 iaitu Penjejakan Prestasi dalam Kitaran Pembangunan Rendah Karbon. Tindakan dalam fasa kedua meliputi pelaksanaan berterusan projek, program, inisiatif berkaitan dan pemantauan kualitatif dan kuantitatif yang akan dilakukan secara tahunan. Sebanyak 40

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
anff(Solan bertulis 4 -15 MEI 2017

-------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

program, projek dan inisiatif yang telah dijalankan sehingga kini. Tahun 2015
menyaksikan penurunan 7 peratus intensiti karbon berbanding to hun 2010. Untuk
makluman Tuan Yang Dipertua, Keputusan peratus intensiti karbon bagi tahun 2016
akan diperolehi pada penghujung November 2017.

Antara program yang sedang berlangsung dan diterajui pihak IRDA adalah seperti:

1- Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC)
2- Green Accord Initiative Award (GAIA)
3- Manual CASBEE Iskandar Malaysia
4- Building Energy and Reporting System (BERMS)

Selain itu, pemantauan terhadap pelepasan gas rumah kaca untuk menjejaki impak dan prestasi inisiatif pengurangan pelepasan gas rumah kaca akan terus dilaksanakan selaras dengan pemantauan inisiatif pelaksanaan pelan tindakan oleh PBT melalui Jawatankuasa lnduk Pelon Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia yang dipengerusikan YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.

Untuk makluman, fasa kedua juga merangkumi tindakan pelaksanaan 5 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Iskandar Malaysia yang giat menjalankan inisiatif di bawah pelan tindakan masyarakat rendah seperti berikut :

1- MBJB:
a. Pemasangan sebanyak 40 unit lampu LED di sepanjang laluan pejalan kaki di Jalan Ibrahim Sultan I Jalan Stulang Laut siap sepenuhnya pada Mac 2017.
b. Program Car Free Day- Setiap Sabtu minggu ke-2 setiap bulan
c . Program SPAH I OKU I GBI di Bangunan MBJB Dewan Serba guna Taman Setia lndah (Dilaksanakan pada Jun 2017)

2- MPJBT
a. Projek Baja Kompos (Pengkomposan Takakura)
b. Projek Pertanian Bondar - Kebun Komuniti di lima taman perumahan dalam
kawasan MP JBT.
c. Program Litter Picking Peringkat MP JBT 2017- Di sepanjang Bahu Jolon Dalam
Kawasan Pentadbiran MP JBT (Kekerapan Sebulan Sekali Di Lokasi Yang BerbezaBeza)
d. Program Car Free Day Peringkat MP JBT 2017 telah diadakan pada 15 April 2017
e. Projek Rejuvenasi Sungai Skudai bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) .
f. Projek Naik Tarof Bangunan MP JBT Ke Arah Jimat Tenaga Di Bawah Bajet
Building Energy Reporting Monitoring System (BERMS) bagi bangunan MP JBT dan
dewan.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
a riff (Soafan bertulis 4 - 15 MEI 2017

--------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSI DANG AN KELIMA DEWAN N EGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

3- MPPG:
a. Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai akan diadakan sepanjang 2017
dan menyasarkan 80 orang peserta
b. Program Green Thumb telah diadakan pada 19 Februari 2017.
c. Program Kompos akan diadakan sepanjang 2017
d. Program Kitar Semula Komuniti diadakan pada 23 Mac 2017 di Taman Cahaya
Masai.
e. Perkongsian Low Carbon bersama lndustri Malaysia Marine and Heavy
Engineering diadakan pada 4 Mei 2017
f. Touchpoints to Grassroots Programme pada 17- 19 April 2017
g. Program Minyak Masak kepada Biodiesel bersama Agricode (M) Sdn. Bhd pada
17Mei2017.
h. Projek Perintis Pembinaan Laluan Pejalan Kaki Dan Basikal Di Kawasan MPPG.

4- MPKU
a. Perkongsian Teknologi dalam LCS Iskandar Malaysia
b. Program Kitar Semula Zon AM
c. Kursus Pengurusan Baja kompos Sempena Hari Lanskap Johor 2016

5- MOP
a . Projek mini hidro bersama Toyama City

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff(Soalan bertulis 4-15 MEI 2017

-----------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B65

RTS akan dibina di Bukit Chagar, jadi apa tindakan yang akan di ambil untuk
mengatasi kekurangan tempat letak kereta semasa projek tersebut dijalankan?

JAWAPAN YB DATUK HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Projek "Rapid Transit System"  (RTS) dijangka akan siap pada tahun 2020. Justeru itu, pelbagai komponen sokongan akan dibina bagi membolehkan projek ini berfungsi dengan jayanya dan antaranya mengatasi tempat letak kereta ketika RTS dibina di Bukit Chagar; terdapat tempat letak kereta sedia ada di CIQ sebanyak 544 unit dan di dalam bangunan JB Sentral sebanyak 250 unit.

Manakala pihak Majlis turut mengambil tindakan seperti berikut:

i. Telah mengenal pasti lokasi cadangan tempat letak kereta bertingkat
(multipurpose) di dalam Ibrahim International Business District (IIBD)
Blueprint.

ii. Bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam,
pelan jejantas di bawah Akta 133 Cadangan Membina Laluan "Pedestrian
Bridge" yang mengandungi:

~ Fasa 1 - Dari pembangunan Persada Annex melalui Jalan Trus, Lot 1213 dan melalui Jalan Wong Ah Fook ke Pembangunan KOMTAR JBCC (Lot 14530) dijangka siap pada awol tahun 2018. Manakala Fasa 2 - Dari pembangunan KOMTAR JBCC {Lot 2723) Mukim Bondar, Daerah Johor Bahru untuk Tetuan Coronade Properties Sdn. Bhd. lanya telah diluluskan sebagaimana Mesyuarat Jawatan Pusat Setempat {OSC)
Bil.4/2017 bertarikh 22 Februari 2017.

~ Jejantas pejalan kaki oleh Tetuan R&F Development Sdn. Bhd. sedang dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap 2018.

iii. Sebanyak 4 buah Bas Muafakat Johor yang beroperasi di dalam kawasan
Pusat BAndar(Stesen JB Sentral) .

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff (Soalan Bertulis 4 - 15 MEI 2017

---------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BJL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULJS BAGI MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSJ DANGAN KELIMA DEWAN N EGERt JOHOR YANG KE-13
PADA HARt KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B66

Kini telah masuk ke zaman lndustri 4.0, nyatakan bilangan pengusaha yang
mencapai tahap industri 4.0 dalam negeri Johor.

JAWAPAN YB TUAN HAJJ ISMAIL BIN MOHAMED

Kerajaan negeri sedar akan keperluan untuk Johor menjadi pelupar dan suri
tanladan kepada negeri-negeri lain di Malaysia. Justeru itu, melalui program
Usahawan Digital 2017, Johor menerusi EDC telah memulakan langkah untuk
menjadi pelopor bagi "The Fourth Industrial Revolution" (Industry 4.0) ;

"The Fourth Industrial Revolution"Industry 4.0) akan mengubah cora kita hidup,
bekerja, dan berinteraksi antara satu sama lain dan ia merupakan realiti ekonomi
kini yang memerlukan kita untuk mahir dan faham bahasa digital dan teknologi;

Kemungkinan ini akan mempelbagaikan penggunaan teknologi baru di dalam bidang seperti "artificial intelligent" , robotik, Internet of Things, percetakan 3D dan juga pengurusan data berskala besar "Big data"

Ekonomi digital ini juga dijangka menyumbang 18% KDNK Malaysia pada tahun 2020 di mana lebih 90% daripada semua pekerjaan akan memerlukan kemahiran digital.

Untuk makluman YB, buat masa sekarang, komi tiada lagi data tepat jumlah pengusaha yang mencapai tahap industri 4.0.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
a riff (Soalan bertulis 4- 15 MEI 2017

No comments:

Post a Comment