Sunday 12 November 2017

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Dl PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI ISNIN, 8 MEI 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 16 (A188)

Senaraikan bilangan ambulans mengikut lokasi masing-masing dalam Daerah Johor Bahru yang terkini.

JAWAPAN YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT

Adalah dimaklumkan bahawa sehingga bulan April 2017, terdapat 10 buah ambulans di daerah Johor Bahru. Perkhidmatan ambulans ini memberi perkhidmatan kepada kes-kes kecemasan yan:g berlaku di klinik kesihatan (KK), kes kecemasan di sekitar Johor Bahru seperti kemalangan, fasiliti wasta yang memerlukan bantuan ambulans dan sebagainya.

Klinik-klinik kesihqtq ~ yang mempunyai ambulans adalah KK Gelang Patah, KK Taman Sri Orkid, KK Tamdn,\J niversiti, KK Kem~as, KK Tampoi, KK Mahmoodiah, KK Sultan Ismail, KK Ulu Tiram, KK Masai dan KK Pasir Gudqng. Manakala bagi 3 KK yang tiada ambulans seperti KK Tebrau, KK Larkin dan KK/Majid~e, perkhidmatan ambulans dari KK berdekatan akan dimobilisasikan apabila perlu. Pada masa kini, untuk makluman, ambulans dari KK Tampoi dipinjamkan ke KK Masai kerana ambulansnya sedang dalam proses baik pulih. Jadual 1 menunjukkan senarai KK dan ambulans yang terdapat di Johor Bahru.

Jadual 1 Senarai klinik kesihatan dan ambulans di daerah Johor Bahru

BIL KLINIK KESIHATAN
1 KK Gelang Patah ada
2 KK Taman Sri Orkid
3 KK Taman Universiti
4 KK Kempas
5 KK Tampoi
6 KK Mahmoodiah
7 KK Sultan Ismail
8 KK Ulu Tiram
9 KK Masai
10 KK Pasir Gudanq
11 KK Tebrau Menggunakan ambulans dari KK berdekatan
12 KK Maiidee
13 KK Larkin

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
8 MEI 2017 (ina)


20

-----------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Dl PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 11 MEI 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 23 (A 190)

Senaraikan butir-butir berkenaan pembangunan bahagian hulu Sungai Segget.

JAWAPAN YB DATUK HAJJ AYUB BIN RAHMAT

Projek bahagian hulu Sungai Segget membabitkan rancangan pembangunan Loji Kumbahan Berpusat 2 (CSTP 2) yang kini di peringkat Rekabentuk Kejuruteraan Terperinci atau Detailed Engineering Design (DED), dengan izin.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi pembinaan CSTP2 bagi menampung keperluan sistem kumbahan bersepadu di hulu Sungai Segget membabitkan kawasan-kawasanberkepadatan tinggi seperti Jalan Abdullah Tahir, Taman Century, Jalan Tebrau dan sebagainya. CSTP 2 mempunyai kapasiti menampung proses kumbahan bersamaan 150,000 penduduk. Untuk makluman, projek peremajaan Sungai Segget (Sungai Segget Rejuvenation Project) adalah merupakan salah satu daripada 11 KRA (Key Result Area) yang sedang dibangunkan di bawah Program Transformasi Johor Bahru (JBT) .

"Sungai Segget Rejuvenation Project" itu sendiri mempunyai pelbagai objektif. Antara objektif utama adalah bagi meningkatkan kualiti air Sungai Segget dan membangunkan asas struktur baru Sungai Segget bagi menyediakan bandaraya Johor Bahru suasana kehidupan lebih bermutu dan kondusif. Projek Sungai Segget itu turut membabitkan pembangunan sistem pembetungan baru untuk Johor Bahru CBD, membangunkan sistem tebatan banjir dalam bandar dan membangunkan aktiviti-aktiviti komersial,rekreasi, kebudayaan dan sosio baru di dalam bandar yang mana akhirnya menjadi tempat tarikan penduduk tempatan mahupun pelancong.

Projek pemulihan Sg Segget dilaksanakan dalam 3 fasa. Fasa 1 ialah pembinaan Loji RawatanKumbahan Berpusat (CSTP) 4 tingkat (bersamaan dengan bangunan pejabat standard 11 tingkat) berkapasiti 150,000 People Equivalent (PE).

Fasa 2 ialah pembinaan struktur baru Sungai Segget sepanjang 1 .2 kilometer, pembangunan sistem tebatan banjir automatik, pembangunan rangkaian sistem saliran pembetungan baru, pembinaan laluan pejalan kaki di sepanjang Sg Segget dan penyediaan landskap asas di Sungai Segget.

Fasa 3 membabitkan kerja-kerja landskap terperinci Sungai Segget serta menaiktaraf Jalan Wong Ah Fook. Perunding telah dilantik pada Disember 2016 dan sedang menjalankan rekabentuk kejuruteraan terperinci bagi landskap dan menaiktaraf Jolon Wong Ah Fook
yang dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pad a 2019.

Untuk makluman, kerja-kerja pembinaan Fasa 1 telah dimulakan Jun 2013, manakala Fasa 2 telah dimulakan tahun 2014. Kedua-dua Fasa 1 dan 2 telah beroperasi sepenuhnya pada April, 2017.

Sementara itu, orang ramai telah mula menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti laluan pejalan kaki, duo (2) jambatan merentasi Sungai Segget serta kualiti air sungai yang lebih baik sejak Januari 2017 yang lalu.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
11 MEl 2017 (ina)
32
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
OJ PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI AHAD, 14 MEI2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 22 (A189)

Apakah rancangan kerajaan negeri yang akan dibuat untuk menambah baik keadaan dalam Bukit Saujana Apartment.

JAWAPAN YB DATUK HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Pangsapuri Bukit Saujana merupakan pembangunan yang dilaksanakan melalui projek penswastaan yang telah disempurnakan pembangunannya pada sekitar tahun 1998. Pembangunan Pangsapuri Bukit Saujana merupakan pembangunan skim berstrata yang melibatkan 1 ,565 unit rumah dan 43 unit kedai. Kesemua hak milik strata bagi pembangunan ini telah didaftarkan oleh Pejabat Tanah dan Galion Johor (PTGJ) pada tahun 2005.

Merujuk kepada Akta Hakmilik Strata 1985 yang perlu dibaca bersama dengan Akta Pengurusan Strata 2013 telah mengkategorikan beberapa tanggungjawab di dalam menguruskan harta di dalam pembangunan skim berstrata. Perkara asas yang perlu diketahui bagi pengurusan harta di dalam skim strata adalah untuk membezakan tanggungjawab mengurus dan menyelenggara harta pemilik petak/rumah (keadaan di dalam rumah) dan juga harta milik bersama. Apa sahaja perkara berkaitan di dalam sempadan rumah merupakan di dalam tanggungjawab pemilik petak/rumah masing-masing.lni bermakna jika berlaku sebarang kerosakan ianya adalah di bawah tanggungan pemilik itu sendiri. Manakala harta milik bersama adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung di dalam mana-mana petak/petak tanah yang digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni.Contohnya, bumbung, tempat letak kereta pelawat, lit, tangga, tangki, paip utama, petisurat, pondok pengawal keselamatan, ruang terbuka, kawasan landskap, kolam renang, pagar, dewan, surau, gelanggang serta taman permainan kanak-kanak. Horta milik bersama ini perlu diselenggara dan dipelihara agar ianya dapat diguna serta dimanfaatkan oleh kesemua pemilik rumah.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan harta milik bersama ini sentiasa berada di dalam keadaan yang baik ianya perlu diselenggara dan dibaiki secara berkala. Perkara ini sudah pastiakan melibatkan kos yang perlu ditanggung oleh setiap pemilik rumah. Oleh yang demikian, setiap pemilik rumah ini perlu membayar wang caruman bulanan yang lazimnya terdiri daripada bayaran servis penyelenggaraan, sinking fund, Cukai Tanah dan lain-lain lagi. Wang inilah yang akan digunakan untuk menyelenggara bangunan dan membaiki kerosakan harta bersama. Namun begitu, sekiranya bayaran caruman bulanan ini tidak mencukupi atau tidak semua pemilik rumah membuat caruman maka proses penyelenggaraan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

lsu utama yang sering dihadapi oleh penduduk di skim strata ini adalah terdapat penduduk yang gagal membuat caruman bulanan yang menyebabkan penyelenggaraan bangunan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurnanya. Perkara yang soma turut berlaku di Pangsapuri Bukit Saujana. Kerajaan Negeri pada mulanya telah menjalankan kerja membaik pulih hart a bersama di Pangsapuri Bukit Saujana pada tahun 2009 . Bermula pada tahun 2016 proses membaik pulih harta bersama di Pangsapuri Bukit Saujana diteruskan untuk 5
blok lagi. Kerja-kerja tersebut meliputi kerja-kerja baik pulih bumbung, lif, membaik pulihkolam oksidasi, pemasangan bulk meter berasingan mengikut skim strata dan juga membaik pulih kolam renang. Program baik pulih ini dijangka akan siap sepenuhnya pada suku ke empat tahun 2017. Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan program baik pulih ini adalah JKR, MBJB dan SAJ .

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
14 MEi 2017 (ina)
39
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).Bll : 311/02/2-1/13/ 5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI SELASA, 9 MEI2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 48 (A 185)

Selepas pelaksanaan sekatan modal dari Kerajaan China, beberapa urus niaga hartanah dalam Negeri Johor yang terjejas atau terbatal?

JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Setakat ini, tiada pemaju yang berpangkalan di China terjejas ekoran langkah Kerajaan China mengenakan kawalan modal. Pada masa ini pembinaan di tapak masih sedang dijalankan. lni juga adalah projek jangka panjang yang akan mengambil masa 20 tahun
untuk disiapkan sepenuhnya. Walaupun terdapat "lebihan sementara", Iskandar Malaysia masih memerlukan 500,000 lebih banyak rumah untuk menampung penduduk pada masa akan datang yang diunjurkan sebanyak tiga juta pada tahun 2025.

Sebagai contoh, projek Forest City dijangka bakal menjadi tarikan buat pembeli dari seluruh dunia. Ia turut dipromosikan di Asia Tenggara, Jepun, Korea Selatan, India, Timur Tengah, Eropah, dan Amerika Syarikat dalam usaha menarik bakal pembeli selain pembeli dari Negara China . Forest City turut bekerjasama dengan perunding jualan hartanah antarabangsa seperti Edmund Tie & Company, CBRE, Ray White dan High Mark Real Estate Brokers untuk mempromosikan projek ini di pasaran utama Asia dan negara-negara luar. Galeri jualan Forest City turut akan dibuka di Vietnam, Myanmar, Taiwan, Dubai dan Jepun dalam masa terdekat.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
9 MEI 2017 (ina)
51
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ .(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI SELASA, 9 MEI 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 49 (A186)

Nyatakon semua syarikat tempoton yang terlibat dalam pembangunan zon antarabongsa?

JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Pengisytiharaan Zon Antarabangsa semasa ucapan bajet negeri tahun 2016 merupakon sebahagian aspirasi Johor untuk menjadi kuasa ekonomi termaju di Malaysia dan rantau ini. Pembangunan Negeri Johor bukan hanya sekadar bersaing dengan pemain-pemain tempatan dan negeri-negeri lain di dalam negara tetapi menjadi pemain glabal.

Sekalipun kita mengalu-alukan kedatangan pelabur dan perniagaan asing untuk merancakkon ekonomi domestik, kito harus mengimbanginya dengan kepentingan masyarakat tempatan. lsu seperti pemilikan hartanah oleh orang luar adalah isu yang akan meminggirkon kepentingan masyarakat tempatan, jika tidak diimbangi dan diurus dengan betul.

Pengisytiharon Zon Antarabangsa ini adalah dengan satu tujuan utama, iaitu untuk mengawal pemilikan hartanah oleh warganegara asing di Johor. Semua ini bertujuan memastikan rakyat tempatan tidak terjejas dengan spekulasi harga hartanah. Bagi memastikan objektif zon antarabangsa tercapai beberapa siri perbincangan dan kajian yang terperinci diperlukan supaya ianya memberikan manfaat kepada semua pihak,limpahan pembangunan ini turut dirasai oleh penduduk tempatan yang tinggal diluar zon antarabongsa serta kehidupon rakyat negeri Johor lebih harmoni pada masa kelak.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
9 MEI 2017 (ina)
52
------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BJL: 311/02/2-1/13/5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI PADA 4 MEI HINGGA 15 MEI 2017

B ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B149

Senaraikan bilangan transa ksi jual beli hartanah untuk warganegara asing mengikut negara asal masing-masing dalam negeri Johor untuk tahun 2014 sehingga tahun 2016.

JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Pemilikan hartanah kepentingan asing bagi hak milik landed mengikut rekod dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) adalah sebanyak 6.9% (9,739 unit) dinisbahkan dengan 1.4 juta jumlah hak milik di negeri Johor. Namun demikian, hanya 45% (4,467 unit) daripada jumlah unit pemilikan asing di negeri Johor diperoleh kepentingan asing melalui transaksi jual beli pada tahun 2014-2016.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff (Soalan bertulis 4- 15 MEI 2017
207
----------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI PADA 4 MEl HINGGA 15 MEl 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B152

Senaraikan bilangan pemotongan bekalan air mengikut daerah masing-masing dari tahun 2014 sehingga kini.

JAWAPAN YB DATUK IR. HASNI BIN MOHAMAD

Pemotongan bekalan air adalah melalui duo cora iaitu melalui penguatkuasaan dan permohonan pemotongan atas kehendak pelanggan. Melalui penguatkuasaan, mengikut prosedur, sekiranya pelanggan didapati menyalahi mana-mana peraturan yang termaktub dalam Akta 165 (lndustri Perkhidmatan Air), lazimnya pihak SAJ akan mengemukakan peringatan termasuklah soal pembayaran bil. Kad merah sebagai notis pemotongan bekalan air bertempoh 14 hari dikeluarkan bersama bil semasa. Tindakan pemotongan bekalan air kerana
gaga! menjelaskan tunggakan bil air dalam tempoh yang diberi akan dilakukan.Rekod penguatkuasaan pemotongan bekalan air daripada tahun 2014 hingga Mac tahun ini adalah berjumlah 273,767.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff (Soalan bertuftS 4 - 15 MEI 2017
208
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI PADA 4 MEl HINGGA 15 MEI2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B153

Semenjak Flat Sungai Melana dibuka untuk disewa sehingga kini, beberapa penyewa diberhentikan kontrak penyewaan disebabkan kegagalan untuk membayar sewa?

JAWAPAN YB DATUK HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana sehingga kini masih tiada penyewa yang diberhentika n kontrak penyewaan disebabkan kegagalan untuk membayar sewa bulanan. Notis akan dikeluarkan kepada penyewa yang mempunyai tunggakan melebihi satu bulan.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
a riff (Soalan 6ertulis 4-15 MEI 2017
209
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------




No comments:

Post a Comment