Sunday 12 November 2017

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI)
PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI 15 OGOS HINGGA 22 OGOS 2013

Y.B. ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 8108

Apakah bilangan pinjaman membaca bagi semua jenis perpustakaan awam di dalam Negeri Johor dan apakah peruntukan untuk setiap perpustakaan pada tahun 2012 sehingga tahun 2013?

JAWAPAN

Perbadanan Perpustakaan Awam Johor tidak mempunyai peruntukan khusus untuk setiap perpustakaan kerana ianya bergantung kepada keperluan semasa. Bilangan pinjaman bahan untuk setiap perpustakaan bagi tahun 2012 dan tahun 2013 adalah seperti beriku t:-

Tahun Jumlah Pinjaman (naskah)
2012 518,067
2013 292,656 (Sehingga Jun 2013)


UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Lizaleca (soalan bertulis Ogos 2013)
145
-----------------------------------------------------------------
SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI)
PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI 15 OGOS HINGGA 22 OGOS 2013

Y.B. ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B109

Senaraikan mangsa yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk tujuan
pembangunan IRDA di Kampung Sungai Dangga, Kampung Sungai Perling, Kampung Skudai Kiri, Kampung Bakar Batu, Kampung Sungai Tenom dan senaraikan juga pampasan bagi setiap mangsa.

JAWAPAN

Maklum balas akan diberikan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor terus kepada Yang Berhormat.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Lizaleca (soalan bertulis Ogos 2013)
146

---------------------------------------------------------------
SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI)
PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI 15 OGOS HINGGA 22 OGOS 2013

Y.B. ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B110

Senaraikan jumlah tapak dan bangunan warisan ya ng telah di iktirafkan dan yang masih dalam proses permohonan mengikut setiap daerah seluruh Negeri Johor.

JAWAPAN

Tapak dan Monumen Negeri Johor yang telah di warta kan dan diisytiharkan sebagai Tapak Warisan adalah se bagaima na berikut:

1. Kota Batu, Johor lama
2. lstana Besar Johor Bahru
3. Masjid Sultan Abu Bakar
4. Bangunan Pejabat Kerajaan Muar
5. Bangunan Sekolah Tinggi Muar
6. Sekolah Tinggi Segamat
7. Taman Negara Guang ledang
8. Taman Negara Tanjung Piai

Melaluimesyuaratteknikal yang dipengerusikanole hPengarahYayasanWarisan Johor pada 13 Jan 2012 dansusulanmaklmatdaripadajabatandanagensikerajaan, senaraibanguanbersejarahadalahsebagaima na butiranberikut :-

Bil Daerah Jumlah
1. Johor Bahru/Kulaijaya 57
2. Muar/Ledang 33
3. BatuPahat 41
4. Segamat 15
5. Kota Tinggi 32
6. Kluang 10
7. Pontian 7
8. Mersing 11
Jumlah 208

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Lizaleca (soa/an bertulis Ogos 2013)

-------------------------------------------------------------------
SOALAN-SOALA"N BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI)
PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MuLAI 15 OGOS HINGGA 22 OGOS 2013

Y.B. ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B111

Sila nyatakan semua lokasi bagi semua kejadian banjir berkilat seluruh Negeri Johor dan apakah tindakan yang diambil untuk mengatasinya dan berapakah kos dan bajet untuk setiap lokasi yang terbabit?

Y.B. PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM)
SOALAN B113

Senaraikan tempat-tempat yang sering berlaku banjir kilat di kawasan Batu Pahat dan nyatakan peroncangan yang akan d ilaksanakan untuk menyelesaikan masalah tersebut, sekiranya bila projek ini akan dijalankan.

JAWAPAN BERSEKALI B111 DAN B113

Banjir kilat adalah fenomena ya ng berlaku apabila in tensiti hujan yang turun melebihi keupoyaan sistem perparitan di sesuatu kawasan terutamanya kawasan yang rendah (low lying area) .


Bagi mengatasi masaloh banjir kilat kerajaan telah mengambil beberapa tindakan pencegohan don pembetulan. Sebagai tindakan pembetula n, kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan d ibuat untuk menaikka n kapasiti sistem tersebut. Selain daripada kerja-kerja menaiktaraf, sebagai tindakan pencegahan, kerajaan juga telah melaksanakan konsep MSMA di semua projek pembangunan yang baru iaitu menyediakan kolam takungan, menggunakan sistem saliran mesra alam dan sebagainya.

Kerajaan juga telah menyediakan kajianpelan induk saliran bandar bagi bandar-bandar utama. (Disertakan senarai kajian yang telah dibuat). Projek-projek yang disyorkan dalam kajian-kajia n tersebut sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat tertakluk kepada peruntukan yang diterima oleh jabatan.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Lizaleca (soalan bertulis Ogos 2013)
148
------------------------------------------------------------------

Senarai Kajian Pelan lnduk Saliran Bandar

Bil Nama Kajian Bandar Tahun disiapkan Kos Kajian(RM) Pelaksana(PBT/JPS/UPEN) Projek yang dilasanakan berdasarkan Kajian Catatan
1. Johor Bahru 2011* 1023.929.91 JPS Johor Perparitan dibawah Tanggungjawab MBJB Kaedah Konvensional

2. Muar 1988 Tiada rekod JPS Malaysia 34 buah projek telah dilaksanakan. Jumlah
Perbelanjaan RM 67,233,921.75. Masih dalam
perlaksanaan Kaedah Konvensional

3. Batu Pahat 1996 Tiada rekod JPS Malaysia 35 buah projek telah dilaksanakan
melibatkan perbelanjaan RM 87,463,285.43 Kaedah Konvensional

4. Kluang 2000 734570.36 JPS Johor 8 buah projek telah dilaksanakan melibatkan berbelanjaan RM 8.032,863.84 Kaedah Konvensional

5. Segamat 2000 876063.62 JPS Johor 9 buah projek telah dilaksanakan melibatkan perbelanjaan RM 14,046,050.00. masih dalam perlaksanaan Kaedah Konvensional

6. Kota Tinggi 2000 856664.32 JPS Johor 6 buah projek telah dilaksanakan
melibatkan perbelanjaan RM 34,500,344.88 Kaedah Konvensional

7. Mersing 2000 795404.34 JPS Johor 10 buah projek telah dilaksanakan
melibatkan perbelanjaan RM 7,32,914.30 Kaedah Konvensional

8. Senai 2000 217033.68 JPS Johor TIADA Kaedah Konvensional

9. Simpang Renggam 2000 266810.26 JPS Johor TIADA Kaedah Konvensional

10. Tangkak 2000 232300.38 JPS Johor 2 buah projek telah dilaksanakan
melibatkan perbelanjaan RM 7,180,376.40 Kaedah Konvensional

11. Labis 2000 269941.30 JPS Johor 5 buah projek telah dilaksanakan
melibatkan perbelanjaan RM 5,166,362.00 masih dalam perlaksanaan. Kaedah Konvensional

12. Pekan Nanas 2000 268991.30 JPS Johor - Kaedah Konvensional

13. Parit Raja 2000 375560.43 JPS Johor 1 buah projek telah dilaksanakan
melibatkan perbelanjaan RM 487,040.00 Kaedah Konvensional

14 Parit sulong 2000 266266.31 JPS Johor 3 buah projek telah dilaksanakan
melibatkan perbelanjaan RM 12,947,528.00 Kaedah Konvensional

15. Yong Peng 2000 278101.05 JPS Johor 2 buah projek telah dilaksanakan
melibatkan perbelanjaan RM 8,702,629.00 Kaedah Konvensional

16. Kajian Pelan lnduk Saliran Bandar Senai 2005 217033.68 JPS Johor Kaedah MSMA

17. Stormwater Management & Drainage Master Plan For Town Of Pasir Gudang 2010 928521.00 BSMA,JPS M'sia kaedah MSMA

-----------------------------------------------------------------------
SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA (PEMBUKAAN RASMI)
PENGGAL PERSIDANGAN PERTAMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI 15 OGOS HINGGA 22 OGOS 2013

Y.B. ENCIK JIMMY PUAH WEE TSE (BUKIT BATU)
SOALAN B21


Berapa jumlah keluasan tanah rizab Melayu di Johor setakat Disember 2012?

Y.B. ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B112

Senaraikan semua nombor lot serta keluasan tanah rizab Melayu serta tanah hutan
simpanan yang masih ada dalam kawasan pembangunan IRDA pada tahun 2013.

JAWAPAN BERSEKALI B21 & B112

Secara amnya. tanah-tanah di Negeri Johor yang dijadikan sebagai tanah Rizab Melayu adalah tertakluk kepada Enakmen Rizab Melayu Johor 1936 yang dibaca bersama dengan Artikel 89 Perlembagaar: Persekutuan .

Dari rekod, sehingga kini terdapat seluas 404, 163.157ekar tanah-tanah Rizab Melayu yang telah diwartakan di selu ruh Negeri Johor. Langkah kerajaan Negeri yang mensyaratkan tanah-tanah kerajaan yang diberimilik di bawah Seksyen 76 KTN hendaklah dijadikan sebagai tanah Rizab Melayu sebagai salah satu syarat kelulusan pemberimilikan adalah satu langkah proaktif bagi memastikan tanah-tanah Rizab Melayu tidak akan berkurangan.

Sebelum sesuatu tanah-tanah Rizab Melayu hendak dibatalkan. Kerajaan Negeri akan
sentiasa memastikan agar ianya digantikan semula selari dengan kehendak Artikel 89
(3) Perlembagaan Persekutuan.

Setakat ini, penggantian tanah Rizab Melayu terbesar yang pernah direkodkan ialah di Johor Bahru, Segamat dan Kota Tinggi. Bagi Daerah Johor Bahru. tanah yang ditukar status ini adalah duo kawasan di Felda Cahaya Baru iaitu seluas 1994.3 dan telah digantikan dengan tanah seluas 2000 ekar di Mukim Tenglu. Mersing yang telah diwartakan pada tahun 2003. Satu kawasan lagi seluas 1,131.7 ekar juga telah digantikan di kawasan 1,200 ekar di Mukim Kahang, Kluang yang juga telah diwartakan.

Satu kes di Segamat pemiliknya telah membuat penukaran status Rizab Melayu atas tanah di Mukim Buloh Kasap seluas 3.4 ekar dan digantikan dengan tanah miliknya juga seluas 4.02 ekar di Mukim Jabi. Segamat yang telahpun diwartakan.

Manakala bagi kes di Kota Tinggi, penukaran status ini melibatkan tanah seluas 1 .5 ekar dan digantikan dengan tanah seluas 2.1 ekar di Mukim yang sama.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Lizaleca (soalan bertulis Ogos 2013)
25

----------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/1/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI RABU, 21 OGOS 2013

Y.B. ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 22 (A139)

Senaraikan bagi tahun 2000 sehingga 2013, bilangan pelancong mengunjung ke Negeri Johor mengikut cara masuk, serta senaraikan keuntungan yang diperolehi daripada sektor pelancongan dari tahun 2000 sehingga 2013.

JAWAPAN Y.B. DATUK TEE SiEW KIONG

Jumlah pelancong yang bermalam di negeri Johor bagi tahun 2008 sehingga tahun 2012 mengikut 'hotel occupancy survey' dengan izin yang dijalankan oleh pihak Tourism Malaysia adalah sepertimana berikut :-

Tahun Pelancong Pelancong Jumlah Pelancong
Domestik Antarabangsa
2008 3,687,026 1,706,587 5,393,613
2009 1,928,893 1,597,098 3,525,991
2010 2,051 ,955 1,566,977 3,618,932
2011 2,003,611 1,781 ,765 3,785,376
2012 2,162,130 1,794,729 3,956,859

Manakala jumlah pelawat asing yang mengunjungi negeri Johor bagi tahun 2008
sehingga 2012 mengikut pintu masuk yang terdapat di negeri Johor pula yang
diperolehi dari Jabatan lmigresen Negeri Johor adalah sepertimana berikut :-

Tahun 2008 2009 2010 2011 2012
Kompleks Sultan 19,087,601 10,864,229 11 ,248,690 11 ,398,534 15,549,667
Iskandar

Kompleks Sultan Abu 3,849,382 3,840,188 4,548,224 4,455,201 5,808,149
Bakar

Tg. Puteri 209,531 10,776 12,420 1,610 0

KTM Tg. Pagar 116,087 116,536 85,128 106,632 58,765

Tanjung Pengelih 34,357 48,152 50,403 48,543 63,235

,Janjung Belungkor 50,854 33,913 29,557 49,598 43,686

Kukup 166,759 122,416 155,818 88,497 107,933

Muar 0 0 7,132 15,432 11 ,359

Stulang Laut 230 ,110 177,522 199,043 284,610 322,418

Pasir Gudang 100,516 111,465 122,131 125,199 133,831

PTP 105,766 97,647 105,128 134,794 153,458

Sebana Cove 16,601 8,029 814 483 328

Minyak Beku 9,624 9,706 11 ,680 10,268 7,446

Lapangan Terbang 44,742 39,755 4,433 8,675 4,105
Senai

JUMLAH 24,021,930 15,480,334 16,580,601 16,728,076 22,264,380

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
£i::a/ ina (Soalan lisan ogos 2013)
28

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/1/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI RABU, 21 OGOS 2013

Berdasarkan kajian yang dibuat melalui Pelan lnduk Pelancongan Negeri Johor 2012- 2021 , purata perbelanjaan seorang pelancong di negeri Johor pad a masa kini adalah sebanyak RM450.00. Kedatangan pelancong ke Negeri Johor telah memberi banyak keuntungan & faedah kepada pertumbuhan ekonomi dan perkembangan sector pelancongan dan sektor lain yang berkaitan Negeri Johor. Oleh yang demikian, jumlah penerimaan pelancong negeri Johor atau 'tourist receipt' dengan izin bagi tahun 2008 sehingga 2012 adalah sepertimana berikut :

Tahun Penerimaan Pelancong
(billion)
2008 RM2.42b
2009 RM1 .58b
2010 RM1 .62b
20 11 RM1 .70b
2012 RM1 .78b

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Liza/ina (Soalan lisan ogos 2013)
29
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/1/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Dl PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARIISNIN, 19 OGOS 2013

Y.B. ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 18 (A140)

Apakah tindakan yang telah diambil untuk mengatasi masalah bau penggunaan racun perosak di kebun sayur berhampiran Jalan Sutera Kuning, Taman Sutera dan tempoh masa jangkaan penyelesaian masalah ini.

JAWAPAN Y.B. TUAN HAJIISMAIL BIN MOHAMED

Untuk makluman Yang Berhormat DUN Pengkalan Rinting, pada bulan Mei 2012 terdapat aduan oleh penduduk sekitar kawasan tersebut mengenai masalah pencemaran bau penggunaan racun perosak oleh sebuah syarikat pengusaha tanaman sayur.

Daripada tinjauan yang telah dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian mendapati pencemaran bau tersebut disebabkan oleh penggunaan racun kimia yang berlebihan dan juga baja tahi ayam. Selain dari itu, sistem pengairan yang tidak sistematik juga telah menyebabkan masalah pencemaran bau berlaku di sekitar kawasan tersebut.

Buat masa ini pengusaha berkenaan telah diberi khidmat nasihat mengenai Amalan Pertanian Baik (APB) dan Sahagian Kawalan Racun Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dari masa ke semasa mengambil sampel sayur untuk memantau penggunaan racun berlebihan . Pihak Jabatan juga telah mencadangkan kepada pengusaha supaya menggunakan baja organik yang telah diproses supaya tidak mengganggu sistem aliran udara di kawasan berkenaan. Pemantauan berterusan akan dibuat oleh jabatan sehingga pengusaha berkenaan mendapatkan lokasi baru yang lebih sesuai untuk aktiviti tanaman sayurannya.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Lizalina (Soalan tulisan ogos 2013)
30
----------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/1/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI SELASA, 20 OGOS 2013

Y.B. ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 35 (A 138)

Bilakah projek pembukaan simpang-simpang di jalan di kawasan Jalan Layang, Taman Perling yang telah di janji akan dijalankan dan berapakah kos yang digunakan untuk tujuan tersebut?

JAWAPAN Y.B. DATUK IR. HASNI BIN MOHAMAD

Pihak IRDA/ Kerajaan tidak pernah menjanjikan pembukaan simpang-simpang di kawasan Jalan Layang, Taman Perling keluar terus ke Lebuhraya Persisir Pantai Johor Bahru ke Nusajaya (Coastal Highway) kerana kajian reka bentuk dan Laporan Audit Keselamatan Jalan raya mendapati ianya merbahaya kepada pengguna lebuhraya tersebut secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, terdapat 2 laluan keluar masuk telah pun disediakan bagi menghubungkan kawasan Taman Perling ke Lebuh raya tersebut.

Oleh yang demikian, tiada lagi pembukaan jalan keluar masuk di Jalan Layang, Taman Perling ke Lebuhraya Pesisir Pantai akan dilakukan.

UNIT DEWAN 42
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Lizalina (Soalan lisan ogos 2013)
42

----------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/1/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI RABU, 21 OGOS 2013

Y.B. ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 35 (A141)

Berapakah jumlah aduan berkenaan dengan pembakaran secara terbuka serta pembuangan sampah secara haram. Berapakah jumlah saman yang dikeluarkan berkenaan dengan aduan yang di atas mengikut setiap Pihak Berkuasa Tempatan.

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI ABO. LATIF BIN SANDI

SEBANYAK 399 KES PEMBAKARAN TERBUKA BAGI SELURUH NEGERI JOHOR TELAH DITERIMA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR SEHINGGA 13 OGOS 2013 Di MANA 159 MELALUI RONDAAN DAN 'HOTSPOTS' DAN 240 KES LAGi MELALUI ADUAN ORANG RAMAI . PEMBAKARAN TERBUKA Di TAPAK PELUPUSAN SAMPAH HARAM ADALAH SEBANYAK 20 KES . JUMLAH TAWARAN KOMPAUN YANG TELAH DIKELUARKAN PULA ADALAH SEBANYAK 53 KOMPAUN. SEHINGGA JULAI 2013, SEBANYAK 3620 ADUAN MENGENAI PEMBUANGAN SAMPAH SECARA HARAM YANG DITERIMA OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT). PBT TIDAK LAGI MENGELUARKAN SAMAN BAGI ADUAN PEMBUANGAN SAMPAH SECARA HARAM KERANA TINDAKAN TERSEBUT ADALAH DI BAWAH TANGGUNGJAWAB PIHAK PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PPPSPA).

PECAHAN ADUAN PEMBUANGAN SAMPAH SECARA HARAM YANG DITERIMA OLEH SEMUA PBT NEGERI JOHOR ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT :

BIL. ADUAN JUMLAH PBT
       PEMBUANGAN              SAMAN YANG
      SAMPAH SECARA       DIKELUARKAN
    HARAM
1. MB JOHOR BAHRU 3,575 -
2. MPJOHORBAHRUTENGAH 14 -
3. MP PASIR GUDANG - -
4. MP MUAR - -
5. MP BATU PAHAT 5 -
6. MD YONG PENG 1 -
7. MP KLUANG - -
8. MD SIMPANG RENGGAM - -
9. MD SEGAMAT 8 -
UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Li:al iua (Soalan LISAN ogos 2013)
47

-----------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/1/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI RABU, 21 OGOS 2013

10. MD LABIS -
11 . MD PONTIAN 3
12. MD KOTA TINGGI 6
13. LBJT -
14. MD MERSING 6
15. MP KULAI -
16. MDTANGKAK 2
UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Liza/ itra (Soalan lisan ogos 2013)
48
--------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/1/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI RABU, 21 OGOS 2013

Y.B. ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 46 (A 137)

Apakah status penubuhan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) dan untuk setiap hak milik strata untuk semua Kondo Bukit Saujana, Johor Bahru,serta nyatakan jumlah kutipan pungutan bagi wang pengurusan setiap tahun sejak1997 sehingga kini oleh Syarikat Pengurusan yang dilantik?

JAWAPAN Y.A.B. MENTERI BESAR

Sebanyak dua skim strata bagi pangsapuri Bukit Saujana telah mempunyai Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) iaitu Badan Pengurusan Bersama Sri Bendahara bagi Blok Seri Bendahara A & B yang telah ditubuhkan pada 28 Mei 2009dan Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Sri Pahlawan C yang telah ditubuhkan pada 15 Mei 2011. Dua skim lagi iaitu Pangsapuri Sri Panglima Blok A, B dan C serta Pangsapuri Sri Pahlawan Blok A dan B belum mempunyai Badan Pengurusan Bersama.
Semua hakmilik strata bagi Pangsapuri Bukit Saujana berjumlah 1608 petak telah didaftarkan dan pada 25 ogos 2004 higga 5 januari 2006 ,

BIL NO.HAKMILIK BLOK JUMLAH PETAK TARIKH HAKMILIK STRATA STATUS BADAN
DIDAFTARKAN PENGURUSAN BERSAMA 


1 PN 9702 SRI BENDAHARA A & B 477 17 MEI 2005 BADAN PENGURUSAN BERSAMA SRI BENDAHARA
2. PN 9703 SRI PAHLAWAN C 172 35 OGOS 2004 BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSURI SRI PAHLAWAN C
3. PN 9704 SRO PANGLIMA A, B & C 614 5 JANUARI 2006 -BELUM DITUBUHKAN
4. PN 9705 SRI PAHLAWAN A & B 345 26 JULAI 2005 -BELUM DITUBUHKAN
JUMLAH 1608

Jumlah kutipan wang pengurusan setiap bulan dianggarkan sebanyak RM95,012.46.Jumlah kutipan wang pengurusan mulai tahun 1997 sehingga 30 Jun 2013 adalah sebanyak RM1 ,330, 177.40. Terdapat tunggakan bayaran kepada Bad an Pengurusan sebanyak RM928,749.79.

UNIT DEWAN 62
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Liz alina (Soalan tulisan ogos 2013)
62
-------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/1/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI RABU, 21 OGOS 2013

Y.B. ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 47 (A142)

Senaraikan bilangan hartanah termasuk tanah, bangunan mengikut jenis-jenis yang berkenaan yang dimiliki oleh warganegara asing dalam Negeri Johor dari tahun 2000 sehingga 2013. Berapakah cukai tanah, cukai pintu dan cukai yang berkenaan yang diperolehi dari hartanah milik warganegara asing ini dalam Johor bagi tempoh masa yang sama .

JAWAPAN Y.A.B. MENTERI BESAR

Pemilikan hartanah oleh warganegara asing di Negeri Johor adalah dikawal di bawah peruntukan Sahagian 33(A) KTN 1965. Melalui peruntukan Seksyen 4338 undang-undang tersebut, warganegara asing hanya boleh memiliki hartanah di dalam
negeri ini selepas permohonan mereka diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Dasar Pemilikan Hartanah oleh Kepentingan Asing di Negeri Johor adalah sebagaimana yang dijelaskan melalui Pekeliling PTG Johor Bilangan 01 Tahun 2010 yang berkuat kuasa mulai 01 Julai 2010. Dasar ini menetapkan bahawa kepentingan asing hanya boleh memiliki hartanah yang bernilai RM500,000 ke atas sahaja. Sebagai langkah kawalan , kerajaan juga telah menetapkan jenis-jenis hartanah yang boleh dimiliki dan ianya juga tertakluk kepada kuota-kuota tertentu dalam peratusan yang tetap bagi projek-projek pembangunan hartanah oleh pemaju. Sebagai contoh, kuota yang dibenarkan bagi projek Kondominium, Pangsapuri dan Pangsapuri Servis adalah sebanyak 50% sahaja daripada unit awam yang hendak dijual setelah ditolak dengan unit bumiputera yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pengecualian had kuota ini bagi beberapa projek pembangunan berimpak tinggi di kawasan Medini bagi menarik lebih ramai pelabur asing membeli hartanah di kawasan ini.

Kemakmuran Negeri Johor dan kestabilan ekonominya telah menjadikan Negeri Johor sebagai pilihan utama pelabur bagi menanam modal di sektor hartanah. Kerancakan pembangunan infrastruktur terutamanya di kawasan Iskandar Malaysia juga telah
berjaya menarik ramai pelabur tempatan dan luar negara untuk membina lebih banyak projek pembangunan hartanah meliputi kediaman dan komersil. Kemasukan pemaju hartanah enggan pilihan yang pelbagai telah meningkatkan penawaran hartanah
kepada pelabur asing dan ini telah meningkatkan penawaran hartanah kepada pelabur asing dan ini telah menjadikan rakyat Negeri Johor terutamanya di Iskandar Malaysia pilihan utama rakyat dari pelbagai negara. Sehingga kini , rakyat dari 31 buah negara telah diberi kelulusan untuk memiliki hartanah dengan warganegara Singapura, Jepun, China dan Indonesia adalah yang paling ramai memiliki hartanah di negeri ini.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Lizalina (Soalan tulisan ogos 2013)
63
-------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/1/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI RABU, 21 OGOS 2013

Bagi memastikan terdapatnya keseimbangan pertumbuhan ekonomi dan kestabilan pasaran hartanah di negeri ini, Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan untuk menyemak semula Dasar Pemilikan Hartanah oleh Kepentingan Asing yang sedang
berkuat kuasa. Semakan semula ini diketuai oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri yang akan mengesyorkan kepada kerajaan cadangan-cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Lizal ina (Soalan tulisan ogos 2013)
64
----------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment