Sunday 12 November 2017

SUKJ.(DN).Bil: 311/02/2-1/13/5/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 83 (A82)

Nyatakan unit yang manakah bertanggungjawab menyelenggarakan sistem kumbahan najis di Taman Tasek, Johor Bahru, terutamanya di kedai-kedai yang berada di Jalan Glasiar, dan Jalan Lembah?

JAWAPAN YB DATUK HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Semua bangunan kediaman dan rumah kedai di Taman Tasek adalah menggunakan tangki septik individu yang diselenggarakan sendiri oleh pemilik. Pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hanya menyelenggara kawasan perumahan, industri atau perdagangan yang menggunakan sistem pembetungan berpusat.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTUL/S DEWAN NEGERI JOHOR
7 SEPT. 2017 (ina)
129
----------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 84 (A83)

Nyatakan statistik berkenaan dengan unit-unit rumah dalam zon antarabangsa, termasuk bilangan unit, pembangunan bilangan unit akan datang, kadar penghunian dan lain-lain untuk jangka masa terkini.

JAWAPAN YB DATUK HAJJ MD. JAIS BIN SARDAY

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di dalam zon Antarabangsa terdapat 4 projek perumahan yang dibangunkan iaitu Projek Forest City di Tanjung Kupang, Projek R&F Di Tanjung Puteri,Projek Country Garden Di Danga Bay danProjek Tropez Tropicana Di Danga Bay. Jumlah keseluruhan pembangunan bagi 4 projek di zon antarabangsa adalah berjumlah 41731
unit.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
7 SEPT. 2017 (ina)
130

-------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 85 (A84)

Nyatakan jumlah bilangan hak milik strata yang terkini dengan mengikut status JMB dan MC.

JAWAPAN YB DATUK HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Berdasarkan rekod, sejumlah 1,288 perbadanan pengurusan telah ditubuhkan.

Bagi negeri Johor, hak milik strata telah didaftarkan buat kali pertama
adalah pada 9 Oktober 1990 yang merupakan 5 skim kos rendah di Taman Cempaka telah dibina oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.Semakan sehingga 31 Ogos 2017 mendapati jumlah hak milik strata yang telah didaftarkan adalah sebanyak 105,182 hak milik.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
7 SEPT. 2017 (ina)
131

------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Dl PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 86 (A85)

Mengikut simulasi, jika suhu bumi naik 2 Celsius, maka paras air laut akan menaik secara mendadak, dan bandar di persisiran pantai termasuk Johor Bahru akan ditenggelami air, jadi setakat ini apakah tindakan kerajaan untuk menangani isu ini?

JAWAPAN YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT

Sekiranya suhu bumi meningkat, kenaikan paras aras laut adalah berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Setakat ini kenaikan paras air laut disebabkan pemanasan atau peningkatan suhu bumi masih belum menjadi isu utama di kawasan pantai.

Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan mengarahkan Jabatan-Jabatan berkaitan untuk mengenal pasti dan melindungi pesisir pantai dengan membaiki dan menyelenggara ban-ban pantai bagi persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Memandangkan peruntukan pembinaan atau baik pulih ban pantai memerlukan kos yang tinggi, Kerajaan Negeri memohon kerjasama Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan manakala bagi kos penyelenggaraan dan pembaikan kecil, Kerajaan Negeri dar semasa ke semasa sentiasa menyalurkan peruntukan yang diperlukan bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan.

Di peringkat Malaysia, perkara ini telah dibincangkan dalam Bengkel Hakisan Pantai Negara. Beberapa lokasi di Pantai Barat Semenanjung Malaysia telah dikenal pasti dan beberapa Best Management Practices (BMPS) telah dicadangkan.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
7 SEPT. 2017 (ina)
132
-----------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 87 (A86)

Nyatakon statistik terkini berkenoon mesin kuda haram mengikut Daerah
masing-masing.

JAWAPAN YB DATUK HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Tiada statistik berkenaan mesin kuda haram di negeri Johor.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTUL/S DEWAN NEGERI JOHOR
7 SEPT. 2017 (ina)
133

------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 88 (A87)

Baru-baru ini terdapat beratus-ratus ikan mati terdampar di beting pasir di Sungai Johor, apakah punca hal ini berlaku hampir setiap tahun?

JAWAPAN YB DATUK HAJJ AYUB BIN RAHMAT

Berhubung dakwaan kejadian ikan mati yang berlaku dan terdampar di kawasan beting pasir Sungai Johor baru-baru ini dimaklumkan bahawa tiada aduan mengenai kejadian tersebut diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JAS) dalam masa beberapa minggu yang lalu. Walaubagaimanapun Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor ada menerima aduan daripada pihak Syarikat Air Johor (SAJ) mengenai penutupan Loji Rawatan Air Semanggar akibat peningkatan paras ammonia yang tinggi pada 22 Ogos 2017.

Susulan dari penutupan loji tersebut pihak JAS telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca peningkatan ammonia yang berlaku . Keesokan harinya iaitu pada 23 Ogos 2017 diberitakan dalam akhbar bahawa nelayan-nelayan penduduk orang asli Kampung Sayong Pinang telah mengalami kerugian akibat kematian ikon di Sungai Sayong.Untuk makluman, Sungai Sayong adalah sebahagian daripada sungai yang terletak dalam lembangan Sungai Johor.

Hasil dari siasatan yang telah dijalankan oleh pihak JAS mendapati punca kenaikan paras ammonia adalah dari pelepasan tahi ayam yang dibawa oleh aliran air hujan kedalam sungai Sayong. Pelepasan tahi ayam berpunca dari premis menyimpan tahi ayam untuk pembuatan baja yang di jalankan oleh syarikat United Propel . Berdasarkan pada tarikh dan masa didapati kejadian ikan mati dan penutupan Loji Rawatan Air Semanggar berlaku pada hari yang soma dan di percayai punca kematian ikon mati juga berpunca dari punca yang soma dan dianggap sebagai "pollution event" yang berlaku pada tarikh tersebut.

Kejadian yang soma juga pernah berlaku pada tahun 2016 dan tindakan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga telah dikeluarkan kepada pemilik premis berkenaan. Perkara ini juga telah dipanjangkan kepada pihak Pejabat Tanah Kulai dan memohon supaya tindakan dibawah Kanun Tanah Negara diambil kerana didapati telah melanggar syarat nyata tanah yang dibenarkan.

UNIT DEWAN,
PEJABA T JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
7 SEPT. 2017 (ina)
134
-------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13 PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B62

Nyatakan butir-butir berkenaan rancangan penggantian jejantas penjalan kaki yang merentasi Jalan Wong Ah Fook yang berdekatan dengan City Square.

JAWAPAN YB DATUK HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Jejantas pejalan kaki yang merentasi Jalan Wong Ah Fook berdekatan Pusat Membeli Belah City Square telah dirobohkan bagi membolehkan pembangunan Projek Tebatan Banjir Sungai Segget yang di jangka siap pertengahan tahun 2018. Pada masa kini tiada sebarang cadangan penggantian semula jejantas tersebut. Walau bagaimanapun, untuk keselesaan pejalan kaki, satu jejantas pejalan kaki berhawa dingin dengan kemudahan "roof top garden" akan dibina dari PERSADA ANNEX ke JB Sentral merentasi Jalan Trus dan Jalan Wong Ah Fook. Peruntukan UKAS telah diterima dan akan dilaksanakan oleh Tetuan Coronade Properties Sdn. Bhd. pada Disember 2017 bagi Fasa 1.

Selain itu, melalui projek pengindahan Sungai Segget telah turut menyediakan kemudahan lintasan pejalan kaki yang selamat di sepanjang Jalan Wong Ah Fook. Reka bentuk bagi "traffic calming" dan meminimumkan konflik pejalan kaki serta kenderaan turut diambil kira dalam mereka bentuk projek pengindahan Sungai Segget ini.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
a riff (Soalan bertulis APRIL 2017
------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B63

Apakah impak terhadap alam sekitar termasuk kualiti air selepas baraj dibina di Sungai Johor.

JAWAPAN YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT

Pada dasarnya, pembinaan Barrage Sungai Johor tidak akan menjejaskan atau mengganggu kualiti air serta memberi kesan yang buruk terhadap alam sekitar. lni adalah kerana pembinaan Barrage berfungsi untuk mengelakkan kemasukan air masin semasa air pasang dan mengelakkan gangguan operasi loji-loji di hulu Barrage. Prosedur Operasi Standard (SOP) Barrage juga telah diguna pakai sepanjang pengoperasian Barrage tersebut.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff(soalan bertulis APRIL 2017

------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B64

Pelan tindakan masyarakat karbon rendah 2025 dikatakan telah masuk ke fasa kedua, nyatakan butir-butir berkenaan tindakan dalam fasa satu, termasuk tindakan yang telah diambil, dan hasil dari lengkapnya tindakan fasa satu.

JAWAPAN YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT

Masyarakat Rendah Karbon atau Low Carbon Society (LCS) adalah salah satu program utama yang sedang dilaksanakan sejak tahun 2012 bagi mencapai visi pembangunan mampan Iskandar Malaysia. Program ini menyasarkan Iskandar Malaysia menjadi pembangunan wilayah ekonomi yang rendah karbon melalui pengurangan pelepasan karbon intensiti sehingga 58 peratus untuk tempoh sasaran sehingga tahun 2025.Pencapaian berterusan pelaksanaan program ini dibuat berpandukan Kitaran Pembangunan Rendah Karbon.

Kitaran Pembangunan Dokumen Sokongan
Rendah Karbon
Peringkat 1 inventori Low Carbon Society Blueprint for Iskandar Malaysia 2025
tahun asas

Peringkat 2 Analisis senario
masa depan

Peringkat 3 Pen eta pan
Sasaran

Peringkat 4- Pelan • Low Carbon Society Action Plan 2025 for 5 Local
Tindakan Authorities
• Iskandar Malaysia: Actions for A Low Carbon Future implementation booklet

Peringkat 5- Pelaksanaan Pelaksanaan program- program berkaitan oleh PBT,IRDA, agensi kerajaan dan swasta

Peringkat 6- Penjejakan • Iskandar Malaysia Greenhouse Gas Inventory 2015Prestasi
• Penubuhan Jawatankuasa lnduk Pelon Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia dan
Jawatankuasa Kerja di setiap PBT

Fasa pertama merangkumi Peringkat 1 iaitu lnventori Tahun Asas sehingga peringkat 4 iaitu Pelon Tindakan dan hasilnya adalah Pelon Tindakan masyarakat rendah karbon 2025 untuk 5 PBT di Iskandar Malaysia. Seterusnya, bagi Fasa kedua pula, ia merangkumi Peringkat 5 iaitu Pelaksanaan dan Peringkat 6 iaitu Penjejakan Prestasi dalam Kitaran Pembangunan Rendah Karbon. Tindakan dalam fasa kedua meliputi pelaksanaan berterusan projek, program, inisiatif berkaitan dan pemantauan kualitatif dan kuantitatif yang akan dilakukan secara tahunan. Sebanyak 40

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
anff(Solan bertulis 4 -15 MEI 2017

-------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

program, projek dan inisiatif yang telah dijalankan sehingga kini. Tahun 2015
menyaksikan penurunan 7 peratus intensiti karbon berbanding to hun 2010. Untuk
makluman Tuan Yang Dipertua, Keputusan peratus intensiti karbon bagi tahun 2016
akan diperolehi pada penghujung November 2017.

Antara program yang sedang berlangsung dan diterajui pihak IRDA adalah seperti:

1- Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC)
2- Green Accord Initiative Award (GAIA)
3- Manual CASBEE Iskandar Malaysia
4- Building Energy and Reporting System (BERMS)

Selain itu, pemantauan terhadap pelepasan gas rumah kaca untuk menjejaki impak dan prestasi inisiatif pengurangan pelepasan gas rumah kaca akan terus dilaksanakan selaras dengan pemantauan inisiatif pelaksanaan pelan tindakan oleh PBT melalui Jawatankuasa lnduk Pelon Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia yang dipengerusikan YB Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.

Untuk makluman, fasa kedua juga merangkumi tindakan pelaksanaan 5 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Iskandar Malaysia yang giat menjalankan inisiatif di bawah pelan tindakan masyarakat rendah seperti berikut :

1- MBJB:
a. Pemasangan sebanyak 40 unit lampu LED di sepanjang laluan pejalan kaki di Jalan Ibrahim Sultan I Jalan Stulang Laut siap sepenuhnya pada Mac 2017.
b. Program Car Free Day- Setiap Sabtu minggu ke-2 setiap bulan
c . Program SPAH I OKU I GBI di Bangunan MBJB Dewan Serba guna Taman Setia lndah (Dilaksanakan pada Jun 2017)

2- MPJBT
a. Projek Baja Kompos (Pengkomposan Takakura)
b. Projek Pertanian Bondar - Kebun Komuniti di lima taman perumahan dalam
kawasan MP JBT.
c. Program Litter Picking Peringkat MP JBT 2017- Di sepanjang Bahu Jolon Dalam
Kawasan Pentadbiran MP JBT (Kekerapan Sebulan Sekali Di Lokasi Yang BerbezaBeza)
d. Program Car Free Day Peringkat MP JBT 2017 telah diadakan pada 15 April 2017
e. Projek Rejuvenasi Sungai Skudai bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) .
f. Projek Naik Tarof Bangunan MP JBT Ke Arah Jimat Tenaga Di Bawah Bajet
Building Energy Reporting Monitoring System (BERMS) bagi bangunan MP JBT dan
dewan.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
a riff (Soafan bertulis 4 - 15 MEI 2017

--------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSI DANG AN KELIMA DEWAN N EGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

3- MPPG:
a. Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai akan diadakan sepanjang 2017
dan menyasarkan 80 orang peserta
b. Program Green Thumb telah diadakan pada 19 Februari 2017.
c. Program Kompos akan diadakan sepanjang 2017
d. Program Kitar Semula Komuniti diadakan pada 23 Mac 2017 di Taman Cahaya
Masai.
e. Perkongsian Low Carbon bersama lndustri Malaysia Marine and Heavy
Engineering diadakan pada 4 Mei 2017
f. Touchpoints to Grassroots Programme pada 17- 19 April 2017
g. Program Minyak Masak kepada Biodiesel bersama Agricode (M) Sdn. Bhd pada
17Mei2017.
h. Projek Perintis Pembinaan Laluan Pejalan Kaki Dan Basikal Di Kawasan MPPG.

4- MPKU
a. Perkongsian Teknologi dalam LCS Iskandar Malaysia
b. Program Kitar Semula Zon AM
c. Kursus Pengurusan Baja kompos Sempena Hari Lanskap Johor 2016

5- MOP
a . Projek mini hidro bersama Toyama City

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff(Soalan bertulis 4-15 MEI 2017

-----------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B65

RTS akan dibina di Bukit Chagar, jadi apa tindakan yang akan di ambil untuk
mengatasi kekurangan tempat letak kereta semasa projek tersebut dijalankan?

JAWAPAN YB DATUK HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Projek "Rapid Transit System"  (RTS) dijangka akan siap pada tahun 2020. Justeru itu, pelbagai komponen sokongan akan dibina bagi membolehkan projek ini berfungsi dengan jayanya dan antaranya mengatasi tempat letak kereta ketika RTS dibina di Bukit Chagar; terdapat tempat letak kereta sedia ada di CIQ sebanyak 544 unit dan di dalam bangunan JB Sentral sebanyak 250 unit.

Manakala pihak Majlis turut mengambil tindakan seperti berikut:

i. Telah mengenal pasti lokasi cadangan tempat letak kereta bertingkat
(multipurpose) di dalam Ibrahim International Business District (IIBD)
Blueprint.

ii. Bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam,
pelan jejantas di bawah Akta 133 Cadangan Membina Laluan "Pedestrian
Bridge" yang mengandungi:

~ Fasa 1 - Dari pembangunan Persada Annex melalui Jalan Trus, Lot 1213 dan melalui Jalan Wong Ah Fook ke Pembangunan KOMTAR JBCC (Lot 14530) dijangka siap pada awol tahun 2018. Manakala Fasa 2 - Dari pembangunan KOMTAR JBCC {Lot 2723) Mukim Bondar, Daerah Johor Bahru untuk Tetuan Coronade Properties Sdn. Bhd. lanya telah diluluskan sebagaimana Mesyuarat Jawatan Pusat Setempat {OSC)
Bil.4/2017 bertarikh 22 Februari 2017.

~ Jejantas pejalan kaki oleh Tetuan R&F Development Sdn. Bhd. sedang dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap 2018.

iii. Sebanyak 4 buah Bas Muafakat Johor yang beroperasi di dalam kawasan
Pusat BAndar(Stesen JB Sentral) .

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff (Soalan Bertulis 4 - 15 MEI 2017

---------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BJL: 311/02/2-1/13/5/2
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULJS BAGI MESYUARAT KEDUA
PENGGAL PERSJ DANGAN KELIMA DEWAN N EGERt JOHOR YANG KE-13
PADA HARt KHAMIS, 7 SEPTEMBER 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B66

Kini telah masuk ke zaman lndustri 4.0, nyatakan bilangan pengusaha yang
mencapai tahap industri 4.0 dalam negeri Johor.

JAWAPAN YB TUAN HAJJ ISMAIL BIN MOHAMED

Kerajaan negeri sedar akan keperluan untuk Johor menjadi pelupar dan suri
tanladan kepada negeri-negeri lain di Malaysia. Justeru itu, melalui program
Usahawan Digital 2017, Johor menerusi EDC telah memulakan langkah untuk
menjadi pelopor bagi "The Fourth Industrial Revolution" (Industry 4.0) ;

"The Fourth Industrial Revolution"Industry 4.0) akan mengubah cora kita hidup,
bekerja, dan berinteraksi antara satu sama lain dan ia merupakan realiti ekonomi
kini yang memerlukan kita untuk mahir dan faham bahasa digital dan teknologi;

Kemungkinan ini akan mempelbagaikan penggunaan teknologi baru di dalam bidang seperti "artificial intelligent" , robotik, Internet of Things, percetakan 3D dan juga pengurusan data berskala besar "Big data"

Ekonomi digital ini juga dijangka menyumbang 18% KDNK Malaysia pada tahun 2020 di mana lebih 90% daripada semua pekerjaan akan memerlukan kemahiran digital.

Untuk makluman YB, buat masa sekarang, komi tiada lagi data tepat jumlah pengusaha yang mencapai tahap industri 4.0.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
a riff (Soalan bertulis 4- 15 MEI 2017

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Dl PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI ISNIN, 8 MEI 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 16 (A188)

Senaraikan bilangan ambulans mengikut lokasi masing-masing dalam Daerah Johor Bahru yang terkini.

JAWAPAN YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT

Adalah dimaklumkan bahawa sehingga bulan April 2017, terdapat 10 buah ambulans di daerah Johor Bahru. Perkhidmatan ambulans ini memberi perkhidmatan kepada kes-kes kecemasan yan:g berlaku di klinik kesihatan (KK), kes kecemasan di sekitar Johor Bahru seperti kemalangan, fasiliti wasta yang memerlukan bantuan ambulans dan sebagainya.

Klinik-klinik kesihqtq ~ yang mempunyai ambulans adalah KK Gelang Patah, KK Taman Sri Orkid, KK Tamdn,\J niversiti, KK Kem~as, KK Tampoi, KK Mahmoodiah, KK Sultan Ismail, KK Ulu Tiram, KK Masai dan KK Pasir Gudqng. Manakala bagi 3 KK yang tiada ambulans seperti KK Tebrau, KK Larkin dan KK/Majid~e, perkhidmatan ambulans dari KK berdekatan akan dimobilisasikan apabila perlu. Pada masa kini, untuk makluman, ambulans dari KK Tampoi dipinjamkan ke KK Masai kerana ambulansnya sedang dalam proses baik pulih. Jadual 1 menunjukkan senarai KK dan ambulans yang terdapat di Johor Bahru.

Jadual 1 Senarai klinik kesihatan dan ambulans di daerah Johor Bahru

BIL KLINIK KESIHATAN
1 KK Gelang Patah ada
2 KK Taman Sri Orkid
3 KK Taman Universiti
4 KK Kempas
5 KK Tampoi
6 KK Mahmoodiah
7 KK Sultan Ismail
8 KK Ulu Tiram
9 KK Masai
10 KK Pasir Gudanq
11 KK Tebrau Menggunakan ambulans dari KK berdekatan
12 KK Maiidee
13 KK Larkin

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
8 MEI 2017 (ina)


20

-----------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Dl PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 11 MEI 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 23 (A 190)

Senaraikan butir-butir berkenaan pembangunan bahagian hulu Sungai Segget.

JAWAPAN YB DATUK HAJJ AYUB BIN RAHMAT

Projek bahagian hulu Sungai Segget membabitkan rancangan pembangunan Loji Kumbahan Berpusat 2 (CSTP 2) yang kini di peringkat Rekabentuk Kejuruteraan Terperinci atau Detailed Engineering Design (DED), dengan izin.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi pembinaan CSTP2 bagi menampung keperluan sistem kumbahan bersepadu di hulu Sungai Segget membabitkan kawasan-kawasanberkepadatan tinggi seperti Jalan Abdullah Tahir, Taman Century, Jalan Tebrau dan sebagainya. CSTP 2 mempunyai kapasiti menampung proses kumbahan bersamaan 150,000 penduduk. Untuk makluman, projek peremajaan Sungai Segget (Sungai Segget Rejuvenation Project) adalah merupakan salah satu daripada 11 KRA (Key Result Area) yang sedang dibangunkan di bawah Program Transformasi Johor Bahru (JBT) .

"Sungai Segget Rejuvenation Project" itu sendiri mempunyai pelbagai objektif. Antara objektif utama adalah bagi meningkatkan kualiti air Sungai Segget dan membangunkan asas struktur baru Sungai Segget bagi menyediakan bandaraya Johor Bahru suasana kehidupan lebih bermutu dan kondusif. Projek Sungai Segget itu turut membabitkan pembangunan sistem pembetungan baru untuk Johor Bahru CBD, membangunkan sistem tebatan banjir dalam bandar dan membangunkan aktiviti-aktiviti komersial,rekreasi, kebudayaan dan sosio baru di dalam bandar yang mana akhirnya menjadi tempat tarikan penduduk tempatan mahupun pelancong.

Projek pemulihan Sg Segget dilaksanakan dalam 3 fasa. Fasa 1 ialah pembinaan Loji RawatanKumbahan Berpusat (CSTP) 4 tingkat (bersamaan dengan bangunan pejabat standard 11 tingkat) berkapasiti 150,000 People Equivalent (PE).

Fasa 2 ialah pembinaan struktur baru Sungai Segget sepanjang 1 .2 kilometer, pembangunan sistem tebatan banjir automatik, pembangunan rangkaian sistem saliran pembetungan baru, pembinaan laluan pejalan kaki di sepanjang Sg Segget dan penyediaan landskap asas di Sungai Segget.

Fasa 3 membabitkan kerja-kerja landskap terperinci Sungai Segget serta menaiktaraf Jalan Wong Ah Fook. Perunding telah dilantik pada Disember 2016 dan sedang menjalankan rekabentuk kejuruteraan terperinci bagi landskap dan menaiktaraf Jolon Wong Ah Fook
yang dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pad a 2019.

Untuk makluman, kerja-kerja pembinaan Fasa 1 telah dimulakan Jun 2013, manakala Fasa 2 telah dimulakan tahun 2014. Kedua-dua Fasa 1 dan 2 telah beroperasi sepenuhnya pada April, 2017.

Sementara itu, orang ramai telah mula menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti laluan pejalan kaki, duo (2) jambatan merentasi Sungai Segget serta kualiti air sungai yang lebih baik sejak Januari 2017 yang lalu.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
11 MEl 2017 (ina)
32
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
OJ PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI AHAD, 14 MEI2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 22 (A189)

Apakah rancangan kerajaan negeri yang akan dibuat untuk menambah baik keadaan dalam Bukit Saujana Apartment.

JAWAPAN YB DATUK HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Pangsapuri Bukit Saujana merupakan pembangunan yang dilaksanakan melalui projek penswastaan yang telah disempurnakan pembangunannya pada sekitar tahun 1998. Pembangunan Pangsapuri Bukit Saujana merupakan pembangunan skim berstrata yang melibatkan 1 ,565 unit rumah dan 43 unit kedai. Kesemua hak milik strata bagi pembangunan ini telah didaftarkan oleh Pejabat Tanah dan Galion Johor (PTGJ) pada tahun 2005.

Merujuk kepada Akta Hakmilik Strata 1985 yang perlu dibaca bersama dengan Akta Pengurusan Strata 2013 telah mengkategorikan beberapa tanggungjawab di dalam menguruskan harta di dalam pembangunan skim berstrata. Perkara asas yang perlu diketahui bagi pengurusan harta di dalam skim strata adalah untuk membezakan tanggungjawab mengurus dan menyelenggara harta pemilik petak/rumah (keadaan di dalam rumah) dan juga harta milik bersama. Apa sahaja perkara berkaitan di dalam sempadan rumah merupakan di dalam tanggungjawab pemilik petak/rumah masing-masing.lni bermakna jika berlaku sebarang kerosakan ianya adalah di bawah tanggungan pemilik itu sendiri. Manakala harta milik bersama adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung di dalam mana-mana petak/petak tanah yang digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni.Contohnya, bumbung, tempat letak kereta pelawat, lit, tangga, tangki, paip utama, petisurat, pondok pengawal keselamatan, ruang terbuka, kawasan landskap, kolam renang, pagar, dewan, surau, gelanggang serta taman permainan kanak-kanak. Horta milik bersama ini perlu diselenggara dan dipelihara agar ianya dapat diguna serta dimanfaatkan oleh kesemua pemilik rumah.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan harta milik bersama ini sentiasa berada di dalam keadaan yang baik ianya perlu diselenggara dan dibaiki secara berkala. Perkara ini sudah pastiakan melibatkan kos yang perlu ditanggung oleh setiap pemilik rumah. Oleh yang demikian, setiap pemilik rumah ini perlu membayar wang caruman bulanan yang lazimnya terdiri daripada bayaran servis penyelenggaraan, sinking fund, Cukai Tanah dan lain-lain lagi. Wang inilah yang akan digunakan untuk menyelenggara bangunan dan membaiki kerosakan harta bersama. Namun begitu, sekiranya bayaran caruman bulanan ini tidak mencukupi atau tidak semua pemilik rumah membuat caruman maka proses penyelenggaraan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

lsu utama yang sering dihadapi oleh penduduk di skim strata ini adalah terdapat penduduk yang gagal membuat caruman bulanan yang menyebabkan penyelenggaraan bangunan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurnanya. Perkara yang soma turut berlaku di Pangsapuri Bukit Saujana. Kerajaan Negeri pada mulanya telah menjalankan kerja membaik pulih hart a bersama di Pangsapuri Bukit Saujana pada tahun 2009 . Bermula pada tahun 2016 proses membaik pulih harta bersama di Pangsapuri Bukit Saujana diteruskan untuk 5
blok lagi. Kerja-kerja tersebut meliputi kerja-kerja baik pulih bumbung, lif, membaik pulihkolam oksidasi, pemasangan bulk meter berasingan mengikut skim strata dan juga membaik pulih kolam renang. Program baik pulih ini dijangka akan siap sepenuhnya pada suku ke empat tahun 2017. Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan program baik pulih ini adalah JKR, MBJB dan SAJ .

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
14 MEi 2017 (ina)
39
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).Bll : 311/02/2-1/13/ 5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI SELASA, 9 MEI2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 48 (A 185)

Selepas pelaksanaan sekatan modal dari Kerajaan China, beberapa urus niaga hartanah dalam Negeri Johor yang terjejas atau terbatal?

JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Setakat ini, tiada pemaju yang berpangkalan di China terjejas ekoran langkah Kerajaan China mengenakan kawalan modal. Pada masa ini pembinaan di tapak masih sedang dijalankan. lni juga adalah projek jangka panjang yang akan mengambil masa 20 tahun
untuk disiapkan sepenuhnya. Walaupun terdapat "lebihan sementara", Iskandar Malaysia masih memerlukan 500,000 lebih banyak rumah untuk menampung penduduk pada masa akan datang yang diunjurkan sebanyak tiga juta pada tahun 2025.

Sebagai contoh, projek Forest City dijangka bakal menjadi tarikan buat pembeli dari seluruh dunia. Ia turut dipromosikan di Asia Tenggara, Jepun, Korea Selatan, India, Timur Tengah, Eropah, dan Amerika Syarikat dalam usaha menarik bakal pembeli selain pembeli dari Negara China . Forest City turut bekerjasama dengan perunding jualan hartanah antarabangsa seperti Edmund Tie & Company, CBRE, Ray White dan High Mark Real Estate Brokers untuk mempromosikan projek ini di pasaran utama Asia dan negara-negara luar. Galeri jualan Forest City turut akan dibuka di Vietnam, Myanmar, Taiwan, Dubai dan Jepun dalam masa terdekat.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
9 MEI 2017 (ina)
51
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ .(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI SELASA, 9 MEI 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 49 (A186)

Nyatakon semua syarikat tempoton yang terlibat dalam pembangunan zon antarabongsa?

JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Pengisytiharaan Zon Antarabangsa semasa ucapan bajet negeri tahun 2016 merupakon sebahagian aspirasi Johor untuk menjadi kuasa ekonomi termaju di Malaysia dan rantau ini. Pembangunan Negeri Johor bukan hanya sekadar bersaing dengan pemain-pemain tempatan dan negeri-negeri lain di dalam negara tetapi menjadi pemain glabal.

Sekalipun kita mengalu-alukan kedatangan pelabur dan perniagaan asing untuk merancakkon ekonomi domestik, kito harus mengimbanginya dengan kepentingan masyarakat tempatan. lsu seperti pemilikan hartanah oleh orang luar adalah isu yang akan meminggirkon kepentingan masyarakat tempatan, jika tidak diimbangi dan diurus dengan betul.

Pengisytiharon Zon Antarabangsa ini adalah dengan satu tujuan utama, iaitu untuk mengawal pemilikan hartanah oleh warganegara asing di Johor. Semua ini bertujuan memastikan rakyat tempatan tidak terjejas dengan spekulasi harga hartanah. Bagi memastikan objektif zon antarabangsa tercapai beberapa siri perbincangan dan kajian yang terperinci diperlukan supaya ianya memberikan manfaat kepada semua pihak,limpahan pembangunan ini turut dirasai oleh penduduk tempatan yang tinggal diluar zon antarabongsa serta kehidupon rakyat negeri Johor lebih harmoni pada masa kelak.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
9 MEI 2017 (ina)
52
------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BJL: 311/02/2-1/13/5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI PADA 4 MEI HINGGA 15 MEI 2017

B ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B149

Senaraikan bilangan transa ksi jual beli hartanah untuk warganegara asing mengikut negara asal masing-masing dalam negeri Johor untuk tahun 2014 sehingga tahun 2016.

JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Pemilikan hartanah kepentingan asing bagi hak milik landed mengikut rekod dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) adalah sebanyak 6.9% (9,739 unit) dinisbahkan dengan 1.4 juta jumlah hak milik di negeri Johor. Namun demikian, hanya 45% (4,467 unit) daripada jumlah unit pemilikan asing di negeri Johor diperoleh kepentingan asing melalui transaksi jual beli pada tahun 2014-2016.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff (Soalan bertulis 4- 15 MEI 2017
207
----------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI PADA 4 MEl HINGGA 15 MEl 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B152

Senaraikan bilangan pemotongan bekalan air mengikut daerah masing-masing dari tahun 2014 sehingga kini.

JAWAPAN YB DATUK IR. HASNI BIN MOHAMAD

Pemotongan bekalan air adalah melalui duo cora iaitu melalui penguatkuasaan dan permohonan pemotongan atas kehendak pelanggan. Melalui penguatkuasaan, mengikut prosedur, sekiranya pelanggan didapati menyalahi mana-mana peraturan yang termaktub dalam Akta 165 (lndustri Perkhidmatan Air), lazimnya pihak SAJ akan mengemukakan peringatan termasuklah soal pembayaran bil. Kad merah sebagai notis pemotongan bekalan air bertempoh 14 hari dikeluarkan bersama bil semasa. Tindakan pemotongan bekalan air kerana
gaga! menjelaskan tunggakan bil air dalam tempoh yang diberi akan dilakukan.Rekod penguatkuasaan pemotongan bekalan air daripada tahun 2014 hingga Mac tahun ini adalah berjumlah 273,767.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff (Soalan bertuftS 4 - 15 MEI 2017
208
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/5/1
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI)
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI PADA 4 MEl HINGGA 15 MEI2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B153

Semenjak Flat Sungai Melana dibuka untuk disewa sehingga kini, beberapa penyewa diberhentikan kontrak penyewaan disebabkan kegagalan untuk membayar sewa?

JAWAPAN YB DATUK HAJI MD. JAIS BIN SARDAY

Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana sehingga kini masih tiada penyewa yang diberhentika n kontrak penyewaan disebabkan kegagalan untuk membayar sewa bulanan. Notis akan dikeluarkan kepada penyewa yang mempunyai tunggakan melebihi satu bulan.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
a riff (Soalan 6ertulis 4-15 MEI 2017
209
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------




SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4   
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEEMPAT
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B116

Nyatakan penyelesaian keadaan hak milik tanah untuk Riverria Condovilla, Jalan Sri Pekaka 2, Taman Tampoi Utama?

JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Adalah dimaklumkan bahawa hak milik strata bagi Riverria Condovilla masih belum dikeluarkan kerana tiada permohonan ke atasnya dibuat oleh tuan tanah asal iaitu Yayasan Pelajaran Johor (YP J). Projek ini dibangunkan atas usaha soma antara tuan tanah dengan Kemayan Riverview Sdn. Bhd. pada tahun 1996 atas tanah Pajakan Negeri 11 042 Lot 44807 Mukim Pulai seluas 24.4 ekar.

Projek ini melibatkan pembinaan 15 blok kondominium berjumlah 1 ,028 unit
kediaman. Sehingga tahun 2005 pihak pemaju hanya membina 10 blok
kondominium dengan berjumlah 264 unit kediaman sahaja dan bakinya tidak
dibina sehingga sekarang.

Kesemua 264 unit kediaman telah dijual dan diduduki oleh pembeli-pembeli petak tetapi tuan tanah telah gagal memohon hak milik strata sehinggalah tanah tersebut telah dirampas pada 8 September 2010 kerana kegagalan menjelaskan cukai tanah.

Pihak YPJ melalui anak syarikat YP J Multi-Venture Sdn. Bhd. telah mengemukakan permohonan semula tanah tersebut dan kemudiannya telah diluluskan pada 16 Januari 2013. Hak milik baru bagi tanah ini Pajakan Negeri 64252 Lot 158952 telah didaftarkan pada 19 Oktober 2014 kepada YPJ Multi-Ventures Sdn. Bhd. YPJ MultiVentures telah memohon semula untuk melanjutkan proses pemulihan semula projek ini. Walaubagaimanapun permohonan tersebut perlu diselaraskan dengan jabatan-jabatan teknikal berkenaan untuk membolehkan cadangan pemulihan tersebut diangkat ke Jawatankuasa Perancang Negeri ( SPC) untuk tindakan selanjutnya sehingga masalah hak milik ini dapat diselesaikan.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff (Soalan bertulis 9 MAC 2017                                   
165

-----------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEEMPAT
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B118

Nyatakan butir-butir Tabung Waqaf Rakyat Johor termasuk jumlah kutipan dan kegunaan dari 2013 sehingga kini?

JAWAPAN YB TUAN HAJI ABO. MUTALIP BIN ABO. RAHIM

Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Adalah pemegang amanah tunggal harta Wakaf seluruh negeri Johor berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 [En.16/2003] Fasal 89 yang menyatakan Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazr dan amanah di dalam negeri Johor.

Perbadanan Islam Negeri Johor telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebagai Nazir Khas bagi pembangunan tanah wakaf dan kutipan tunai.

Untuk Makluman Yang Berhormat, pengurusan sumber wakaf tunai yang
dilaksanakan oleh Tabung Waqaf Rakyat Johor terbahagi kepada tiga iaitu dari individu iaitu sumbangan orang ramai tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Yang kedua dari waqaf korporat yang terdiri dari syarikat swasta, pemilik tunggal, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan,syarikat milik kerajaan dan lain-lain.

Sementara yang ketiga melalui potongan gaji oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan
Negeri, kakitangan Kerajaan Negeri Johor, badan berkanun negeri dan Pihak
Berkuasa Tempatan.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff (Soalan bertulis 9 MAC 2017
167

---------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2- 1/ 13/ 4/ 4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEEMPAT
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE- 13
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B119

Senaraikan butir-butir berkenaan Pembangunan Taman Tema Gunung Pulai yang
dinyatakan dalam Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru 2025.

JAWAPAN YB DATUK HAJI ABO. LATIFF BIN SANDI

Untuk makluman Yang Berhormat, Draf Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru
Dan Kulai 2025 (Penggantian), telah mencadangkan Taman Hutan Negeri Gunung Pulai sebagai Taman Wi layah. Cadangan Taman Wilayah Gunung Pulai akan menempatkan pelbagai kemudahan dan aktiviti rekreasi bagi kunjungan dan kegunaan semua golongan umur masyarakat di Daerah Johor Bahru dan Kulai serta secara langsung mampu menjadi daya tarikan dan pusat tumpuan penduduk dari luar ke Johor Bahru.

Berikut merupakan cadangan komponen bagi Taman Wilayah Gunung Pulai :-

Cadangan komponen-komponen pembangunan di Taman Wilayah Gunung Pulai
Zon Kluster Taman Tema Awam
- 'River Park'
- Kawasan Berkelah I Kawasan BBQ
- Air Terjun Buatan
- Tasik I Kolam
- Taman Rimba
- Kawasan Tempo! Letak Kenderaan
- Pondok
- Tandas
- Sur au
- Pusat lnformasi

Zon Kl uster Sukan Ekstrem
- 'Wa ll Climbing'
- Sukan Air'
- 'Amphitheater'
- Galeri
- R&R I Tempat Rehatl Gerai I Cafe
- Equastrian
- Gelanggang Papan Luncur
- 'Paintball'

Zon Kluster 'Life Recreation'
- Padang Golf
- Taman Informal
- Kompleks Sukan Rakan Muda
- Perkampungan 'Spa'
- Dataran Bersenam I Poco-Poco
- Gelanggang Kereta Kawalan Jauh

Zon Kluster Rekreasi Pendidikan
- Amphitheater
- Dataran Belajar
- Taman botani
- Taman herba
- Tempat rehat
- Pusat lnformasi

Zon Rekreasi Rabung
- Menara Pandang
- 'Trail'
- Kawasan Berkelah
- Gazebo

Sumber: Draf Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru & Kula1 2025 (Penggantian)


UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
anff (Soalan bertulis 9 MAC 2017
168

----------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEEMPAT
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B120

Senaraikan kesemua kes pembuangan sisa pepejal haram di Daerah Johor Bahru untuk tahun 2016.

JAWAPAN YB DATUK HAJI ABD. LATIFF BIN BANDI

Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 121 lokasi sampah haram telah dikenal pasti pada tahun 2015 di Daerah Johor Bahru yang meliputi 3 pihak PBT iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan juga Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Tindakan pembersihan telah dilaksanakan sepenuhnya di semua lokasi sampah haram tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat 18 lokasi baru yang dikenal pasti dan 1 0 lokasi yang masih berulang pada tahun 2016. Tindakan pembersihan dilakukan dari semasa ke semasa dan pemasangan papan tanda larangan membuang sampah oleh pihak SWM. Pihak PBT turut memberi kerjasama dengan membina pengadang, pagar sementara dan menanam pokok landskap bagi mengelakkan pembuangan sampah berulang.

Dalam konteks penguatkuasaan, pihak SWCorp sentiasa membuat pemantauan ke
atas semua lokasi sampah haram melalui tindakan operasi bersepadu bersama
pihak PBT dan inisiatif sendiri melalui operasi intip dan cekup.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
a riff (Soalan bertulis 9 MAC 2017
169

-----------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4                         
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO VEE HOW  (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 147  (A149)

Senaraikan  kesemua  pemberian tanah  untuk  tujuan  tanah  perkuburan awam  bukan  Islam  dalam negeri Johor dari tahun 2010 sehingga kini.

JAWAPAN VAB MENTERi BESAR

Mengikut  rekod   pentadbiran tanah,  terdapat sebanyak  74  tapak  perkuburan bukan  Islam  yang berdaftar di seluruh negeri Johor. Bilangan ini adalah bersesuaian  dan seimbang dengan populasi penduduk  di daerah-daerah.

Dari tahun  2010, Kerajaan Negeri telah  meluluskan sebanyak empat  (4) pemberimilikan tanah  bagi tujuan  perkuburan awam bukan Islam.

Satu tapak  di Daerah  Batu  Pahat, seluas 4.064  hektar,    Satu tapak  di Daerah  Kulai, seluas
1.042 hektar.    Satu tapak  di Daerah  Muar,  seluas 1.839  hektar, dan satu  tapak  di Daerah 
Johor  Bahru seluas 0.8096 hektar.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN  NEGERI  JOHOR MAC 2017 (ina)
185

-------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).Bil: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO VEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 148 (A150)

Nyatakan sebab-sebab harga ikan naik secara mendadak baru-baru ini.

JAWAPAN VB DATUK TEE SlEW KIONG

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, umumnya asas sistem ekonomi yang diamalkan negara ketika ini adalah ekonomi pasaran bebas berdasarkan permintaan dan pengeluaran (demand and supply) yang mana harga sesuatu barang dan perkhidmatan ditentukan oleh kuasa pasaran dan
Ke rajaan tidak mengawal harga, dalam hal in i ia merujuk kepada barangan berkaitan hasil laut. Selain GST, perubahan harga sesuatu barang dan perkhidmatan sama ada naik, turun atau tidak berubah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti perubahan dalam harga input bahan pengeluaran,
kos buruh, upah, sewa dan utiliti. Turun na ik nilai mata wang akan mempengaruhi harga barangan khususnya yang di import. Keadaan cuaca dan kawalan penyakit pula mempengaruhi pengeluaran yang turut mempengaruhi harga. Permintaan yang tinggi oleh pengguna melebihi penawaran juga
akan mengakibatkan berlaku perubahan harga. Bagi hasil-hasil laut juga tidak terlepas daripada perkara-perkara yang dinyatakan kerana pihak kerajaan tidak mengawal harga bagi penjualan hasil-hasil laut yang akan mengakibatkan perubahan harga di pasaran.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
MAC 2017 (ina)
186

----------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO VEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 149 (A151)

Senaraikan kesemua pelan tindakan mengatasi banjir kilat dalam Daerah Johor Bahru bersama kos perbelanjaan pelan masing-masing dari tahun 2010 sehingga kini.

JAWAPAN VB DATUK HAJJ AVUB BIN RAHMAT

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) adalah sebuah agensi kerajaan yang tugas hakikinya adalah merancang, memudah cara  dan mempromosi Iskandar Malaysia. Sesuai dengan tanggungjawab itu, IRDA telah mewujudkan kerjasama dengan pelbagai agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri dalam melaksana amanah yang diberi, seperti mana termaktub di bawah Akta 664 penubuhannya sebagai sebuah pihak berkuasa wilayah ekonomi.

Selepas lebih 10 tahun penubuhannya, banyak projek dan program telah dapat dilaksana termasuk projek-projek berimpak tinggi yang matlamatnya adalah untuk mewujudkan persekitaran kondusif dan kehidupan lebih berkualiti untuk dinikmati rakyat dan kalangan pengunjung serta pelabur ke wilayah ini.

Antara inisiatif di laksana ialah projek peremajaan Sungai Segget atau Sungai Segget Rejuvenation Project dengan izin, salah satu daripada 11 Key Result Area (KRA). Projek ini sedang dibangunkan di bawah Program Transformasi Johor Bahru.


Projek ini mempunyai pelbagai objektif, dan antara yang utama adalah membangunkan system
tebatan banjir di dalam bandar,meningkatkan kualiti air Sungai Segget, membangunkan asas struktur baru sungai berkenaan, dan membangunkan sistem pembetungan baru untuk kawasan pusat bandar raya Johor Bahru.

Selain itu, objektif projek Sungai Segget ialah membangunkan aktiviti-aktiviti komersil rekreasi,kebudayaan dan sosioekonomi baru di dalam bandar yang akhirnya akan menjadi tempat tarikan kepada sama ada penduduk tempatan mahu pun pelancong.

Projek pemulihan Sungai Segget dilaksanakan dalam 3 Fasa:-

Fasa pertama membabitkan pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Berpusat atau Central Sewerage
Treatment Plant (CSTP), dengan izin, setinggi empat (4) tingkat iaitu bersamaan dengan bangunan pejabat standard 11 tingkat, berkapasiti 150,000 People Equivalent (PE) .

Fasa kedua pula membabitkan pembinaan struktur baru Sungai Segget sepanjang 1.2 kilometer,
pembangunan sistem tebatan banjir automatik, pembangunan rangkaian sistem saliran pembetungan baru, pembinaan laluan pejalan kaki di sepanjang Sungai Segget dan penyediaan landskap asas sungai berkenaan.

Fasa Ketiga, membabitkan kerja-kerja landskap terperinci Sungai Segget serta menaik taraf Jalan Wong Ah Fook. Bagi Fasa Ketiga ini, penmding telah pun dilantik pada Disember 2016 dan sedang menjalankan reka bentuk kejuruteraan terperinci bagi landskap dan menaik taraf Jalan Wong Ah Fook yang dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada awal 2019.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
MAC 2017 (ina)
187

-----------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

Kerja-kerja pembinaan Fasa Pertama telah dimulakan Jun 2013 dengan peruntukan Kerajaan
Persekutuan sebanyak RM120 juta (termasuk kos pengambilan tanah), manakala Fasa Kedua telah dimulakan Januari 2014 dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM120 juta.

Kedua-dua Fasa 1 dan 2, secara fizikalnya telah siap pada akhir tahun 2016 yang mana pada ketika ini sedang dalam ujian dan pentauliahan atau Testing and Commissioning, dengan izin, membabitkan kerja-kerja pelarasan dan pembetulan. Ia di jangka beroperasi sepenuhnya pada April, 2017.

Orang ramai telah mula menikmati kemudahan-kemudahan disediakan seperti laluan pejalan kaki, dua (2) jambatan merentasi Sungai Segget serta kualiti air Sungai Segget yang lebih baik sejak Januari 2017 yang lalu.

Laluan pejalan kaki yang disediakan sekarang adalah merupakan asas penyediaan bagi Fasa Ketiga (yang dijangka bermula pada akhir tahun 2017) yang mana ia telah dibuat di bawah Pakej 2 bagi keselesaan orang ramai.

Merujuk kepada kejadian banjir kilat pada 2 Januari 2017 yang lalu, ingin dimaklumkan bahawa kejadian berlaku di empat (4) lokasi berasingan di sekitar pembangunan Sungai Segget.

Berikutan kejadian itu, beberapa pelarasan telah dilakukan di lokasi-lokasi dikenal pasti bagi membolehkan limpahan air daripada hujan lebat serta air permukaan dapat dilepaskan terus ke Sungai Segget. Pihak kami juga akan memastikan pam dan peralatan berfungsi dengan baik pada setiap masa.

Pihak IRDA turut melaksanakan kerja-kerja pembersihan yang berterusan di kawasan pada rangkaian perparitan di sekitar kawasan Jalan Wong Ah Fook termasuk sistem perparitan yang tersumbat.

Pemantauan berterusan dilakukan dengan kerjasama dan komitmen semua agensi-agensi berkaitan, bagi memastikan kejadian banjir kilat di Pusat Bandaraya Johor Bahru tidak berulang.

Kesimpulannya, projek Sungai Segget adalah satu kaedah yang telah terbukti berupaya menangani masalah banjir, apabila hujan lebat serentak dengan kejadian air pasang besar, baru-baru ini, dapat di kawal dengan baik dan berkesan.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
MAC 2017 (ina)
188

--------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO VEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 150 (A152)

Pada 30 Jun 2004, IRDA menetapkan sasaran untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di bandar raya Johor Bahru menjelang 2015, jadi apakah hasil-hasil kerja yang berkenaan dengan kenyataan yang disebutkan di atas?

JAWAPAN VAB MENTERI BESAR

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) adalah sebuah agensi kerajaan yang tugas hakikinya adalah merancang, memudah cara dan mempromosi Iskandar Malaysia.

Antara penyelesaian kepada masalah banjir di bandar raya Johor Bahru adalah projek peremajaan Sungai Segget atau Sungai Segget Rejuvenation Project dengan izin, salah satu daripada 11 Key Result Area (KRA). Projek ini sedang dibangunkan di bawah Program Transformasi Johor Bahru.

Projek pemulihan Sungai Segget dilaksanakan dalam 3 Fasa.

Fasa Pertama membabitkan pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Berpusat atau Central Sewerage
Treatment Plant (CSTP), dengan izin, setinggi empat (4) tingkat iaitu bersamaan dengan bangunan pejabat standard 11 tingkat, berkapasiti 150,000 People Equivalent (PE).

Fasa Kedua pula membabitkan pembinaan struktur baru Sungai Segget sepanjang 1.2 kilometer,
pembangunan sistem tebatan banjir automatik, pembangunan rangkaian sistem saliran
pembetungan baru, pembinaan laluan pejalan kaki di sepanjang Sungai Segget dan penyediaan
landskap asas sungai berkenaan.

Fasa Ketiga, membabitkan kerja-kerja landskap terperinci Sungai Segget serta menaik taraf Jalan Wong Ah Fook. Bagi Fasa Ketiga ini, perunding telah pun dilantik pada Disember 2016 dan sedang menjalankan reka bentuk kejuruteraan terperinci bagi landskap dan menaik taraf Jalan Wong Ah Fook yang dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada awal 2019.
Kerja-kerja pembinaan Fasa Pertama telah dimulakan Jun 2013 dengan peruntukan Kerajaan
Persekutuan sebanyak RM120 juta (termasuk kos pengambilan tanah), manakala Fasa Kedua telah dimulakan Januari 2014 dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM120 juta.

Kedua-dua Fasa 1 dan 2, secara fizikalnya telah siap pada akhir tahun 2016 yang mana pada ketika ini sedang dalam ujian dan pentauliahan atau Testing and Commissioning, dengan izin, membabitkan kerja-kerja pelarasan dan pembetulan. Ia dijangka beroperasi sepenuhnya pada April, 2017.

Orang ramai telah mula menikmati kemudahan-kemudahan disediakan seperti laluan pejalan kaki, dua (2) jambatan merentasi Sungai Segget serta kualiti air Sungai Segget yang lebih baik sejak Januari 2017 yang lalu.

Laluan pejalan kaki yang disediakan sekarang adalah merupakan asas penyediaan bagi Fasa Ketiga (yang dijangka bermula pada akhir tahun 2017) yang mana ia telah dibuat di bawah Pakej 2 bagi keselesaan orang ramai.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTUL/S DEWAN NEGERI JOHOR
MAC 2017 (ina)
189

---------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

Pihak IRDA turut melaksanakan kerja-kerja pembersihan yang berterusan di kawasan pada rangkaian perparitan di sekitar kawasan Jalan Wong Ah Fook termasuk sistem perparitan yang tersumbat.

Kesimpulannya, projek Sungai Segget adalah satu kaedah yang telah terbukti berupaya menangani masalah banjir, apabila hujan lebat serentak dengan kejadian air pasang besar, baru-baru ini, dapat dikawal dengan baik dan berkesan.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
MAC 2017 (ina)
190

-----------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BJL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LJSAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMJS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO VEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 151 (A153)

Terdapat satu tapak pembuangan sampah yang luas di penghujung Jalan Selesa Jaya, setakat ini apakah status tapak tersebut?

JAWAPAN VB DATUK HAJI ABO. LA TIFF BIN BANDI

UNTUK MAKLUMAN, STATUS TANAH TERSEBUT MERUPAKAN HAK MILIK PERSENDIRIAN. SIASATAN
BERSAMA TELAH DILAKSANAKAN OLEH SWCORP, AHLI MAJLIS DAN MPJBT PADA 15 JANUARI 2017.
TINDAKAN PEMADAMAN PEMBAKARAN TERBUKA Dl KAWASAN TERSEBUT TELAH DILAKSANAKAN PADA 18 JANUARI 2017 OLEH PIHAK MPJBT. HASIL DARIPADA SEMAKAN MENDAPATI TANAH MILIK
PERSENDIRIAN TERSEBUT TERLETAK Dl LOT 3004 SEMPADAN ANTARA BANDAR SELESA JAVA DAN
TAMAN MELAWATI. NOTIS MENGKEHENDAKI KACAU GANGGU DIHAPUSKAN TELAH DIHANTAR
KEPADA PEMILIK TANAH HENDAKLAH MEMATUHI SYARAT NOTIS DALAM TEMPOH 14 HARI PADA 16
FEBRUARI 2017. PEMILIK TANAH TELAH MENGAMBIL TINDAKAN MEMBERSIHKAN LONGGOKAN
SAMPAH DIKAWASAN TERSEBUT. SELAIN ITU, MEREKA JUGA TELAH MENGOREK LONGKANG DAN
MELETAKKAN PENGHADANG BAGI MENGELAKKAN KENDERAAN LUAR MASUK KE DALAM KAWASAN
TERSEBUT.

STATUS SELESAI.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
MAC 2017 (ina)
191

-------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO VEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 152 (A154)

Apakah status terkini pembangunan infrastruktur berkenaan pusat membeli belah terbengkalai Lot 1 Waterfront menjadi tempat meletak kenderaan awam?

JAWAPAN YB DATUK HAJI ABO. LA TIFF BIN BANDI

UNTUK MAKLUMAN AHLI-AHLI YANG BERHORMAT, MELALUI KERJASAMA ANTARA PEMILIK BANGUNAN LOT 1 DAN PIHAK MBJB, BEBERAPA TINDAKAN TELAH PUN DIBUAT BAG I MENJADIKAN LOT1SEBAGAI TEMPAT LETAK KERETA AWAM UNTUK MENANGANI ISU KESESAKAN TRAFIK DAN
KEKURANGAN TEMPAT LETAK KERETA Dl SEKITAR BANGUNAN MBJB, JOTIC, DAN MAHKAMAH. INI
TERMASUKLAH KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TAPAK DAN PEMBINAAN PONDOK KAWALAN TELAH
DIBUAT OLEH PEMILIK BANGUNAN. TLK LOT 1 TELAH DIBUKA KEPADA ORANG AWAM BERMULA
BULAN APRIL 2016 DENGAN KAPAS ITI 300 UNIT PETAK LETAK KENDERAAN DISEDIAKAN. PEMILIK
TELAH PUN MEMBUKA TEMPAT LETAK KERETA TERSEBUT SECARA PERCUMA UNTUK TEMPOH
BEBERAPA BULAN LAGI BAGI MENGGALAKKAN PENGGUNAANYA. NAMUN, SAMBUTAN YANG DITERIMA KURANG MENGGALAKKAN.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
MAC 2017 (ina)
192

--------------------------------------------------------------------------

SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/4/3
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI AHAD, 20 NOVEMBER 2016

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 23 (A202)

Nyatakan kesemua lokasi pembinaan menara telekomunikasi baru yang diluluskan oleh MP JBT pada tahun 2015 sehingga kini.

JAWAPAN YB DATUK HAJJ ABO. LATIFF BIN BANDI

Sepanjang tempoh 2015 - 2016, terdapat sebanyak 39 buah menara pemancar telekomunikasi yang telah diluluskan dalam kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT). Kawasan-kawasan yang terlibat dengan pembinaan menara antaranya di Taman Bukit lndah, Kampung Tebing Runtuh, Taman Mutiara Rini, Taman Perling, Tanjung Kupang, Leisure Farm Resort, Taman Timur, Nusa Cemerlang Industrial Park, Kota Iskandar, SiLC, Taman Sri Pulai, Taman Harmoni 1, Taman Damai Jaya, Tar:nan Sutera Utama, Nusa Sentral, Taman Universiti, Taman lmpian Emas Laman Setia dan Taman Nusa Sentral.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Ina (SoaLan LISAN NOV 2016)
31

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/4/3
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI AHAD, 20 NOVEMBER 2016

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 24 (A203)

Apakah tindakan yang telah diambil kepada pemaju pembinaan hartanah yang merosakkan jalan awam?

JAWAPAN YB DATUK HAJI ABO. LATIFF BIN BANDI

Pemaju yang merosakkan jalan awam akan dikenakan kompaun di bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, Akta 133. Pemaju juga dikehendaki membaiki semula kerosakan jalan berkenaan. Sekiranya gagal, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh membaikinya dengan kos dituntut daripada pemaju.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Ina (Soalan Lisan NOV) 2016
32

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/4/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI RABU, 23 NOVEMBER 2016

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 23 (A201)

Nyatakan keadaan terkini untuk PPR Sungai Melana, seperti kadar kependudukan,
keadaan infrastruktur keselamatan, kelulusan CFO.

JAWAPAN YB DATUK HAJI ABO. LATIFF BIN SANDI

Adalah dimaklumkan kepada Yang Berhormat Dato', PPR Sungai Melana Fasa 1- plot 2 dibina oleh Kementerian Kesejahteraan Bondar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan telah mendapat Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 30hb November 2014 dan Sijil Penyiapan Dan Pematuhan (CCC) pada 13hb November 2014

PPR ini telah diserahkan kepada SUK Bahagian Perumahan untuk urusan pengisian pada 04 Februari 2015. Pentadbiran ini beranggapan, PPR ini dalam keadaan selamat untuk diduduki memandangkan CPC dan CCC telah pun dikeluarkan dan tempoh baiki kecacatan masih lagi berkuat kuasa sehingga 28 Mac 2017.

Sebanyak 340 unit telah pun dibuat pengisian di blok 5, manakala blok 6 terdapat cadangan dari Jabatan Perumahan Negara (JPN) untuk dijadikan Rumah Transit
Belia dan untuk blok 7, SUK Bahagian Perumahan dalam proses kemasukan.

PPR Sungai Melana (Fasa 1-Piot 2)

Jumlah Blok : 3 Blok (12 tingkat)
Jumlah Unit :   1170 unit
Unit Tipikal: 1156 unit
Unit Oku : 14 Unit
Unit Kedai: 33 Unit (11 unit di setiap blok)
Kemudahan Awam : Pejabat, Tadika, Dewan Serbaguna & Ruang Terbuka

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Ina (SoaLan Lisan NOV 2016)
36
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/4/3
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI RABU, 23 NOVEMBER 2016

PPR Sungai Melena (Fasa 2-Piot 1 )

Jumlah Blok : 4 blok (12 tingkat)
Jumlah Unit : 1450unit
Tarikh Milik Tapak : 1hb April 2015
Tarikh Siap : 30hb September 2018
Status : Masih belum diserahkan kepada SUK Sahagian Perumahan

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Ina (Soalan Lisan NOV) 2016)
37

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/4/3
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI RABU, 23 NOVEMBER 2016

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 24 (A204)

Nyatakan kepakaran pengendalian dan pemantauan loji kumbahan najis dalam
kawasan MBJB.

JAWAPAN YB DATUK HAJI ABO. LATIFF BIN BANDI

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mempunyai pengalaman selama 29 tahun mengurus dan menyelenggarakan loji kumbahan di dalam kawasan pentadbirannya. Majlis Bandaraya Johor Bahru berupaya menyelenggarakan lojiloji rawatan jenis mekanikal dan juga konvensional. Selain daripada itu juga, MBJB mempunyai keupayaan menyelenggarakan paip-paip pembetungan dan stesen pam yang merupakan sebahagian dari keseluruhan sistem pembetungan moden sekarang.

UNIT DEWAN 38
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
114 (Soafan Lisan NOV 2016}
38
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/4/3
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARIISNIN, 21 NOVEMBER 2016

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 36 (A200)

Nyatakan kesemua pemberian tanah untuk tujuan pembinaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina yang Baru dan Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis Tamil yang Baru dalam Negeri Johor dari 2010 sehingga kini?

JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Dari tahun 2010 hingga 2016 terdapat 2 tapak tanah yang diluluskan pemberimilikan untuk Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis Tamil dan 2 tapak bagi Sekolah Kebangsaan Jenis Cina. Manakala terdapat satu permohonan yang diluluskan untuk perizaban di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
Ina (Soalan lisan NOV 2016}
47

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/3
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2017)
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI PADA 17 HINGGA 27 NOVEMBER 2016

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 8152

Senaraikan 20 syarikat yang telah membuat pelaburan paling bernilai dalam kawasan IRDA bersama butir-butir seperti nilai pelaburan, asal syarikat berkenaan.

JAWAPAN

Dua puluh (20) buah syarikat yang telah membuat pelaburan paling bernilai dalam kawasan Iskandar Malaysia adalah seperti berikut:

BIL SYARIKAT PROJEK
l. Country Garden Pacific View Sdn. Bhd. FORST CITY
2. UEM Sunrise Sdn. Bhd. Gerbang Nusajayo,Nusa ldaman,Nusa Bayu, Kota Iskandar,Nusajaya Tech- Park
3. Sunway Group Medini Kg. Pendas , Gelang Patah.
4. Greenland Berhad Greenland Tebrau di Perm as Jaya,Jade Place di Danga Bay
5. MMC Berhad Logistik, industri, tenaga dan pelabuhan
6. Guangzhou R&F Properties R&F Princess Cove di Tanjung Puteri.
7. Ecoworld Berhad Eco Botonis di Nusajaya,Eco Tropics di Pasir Gudang,Eco Bussiness Park 1 di Tebrau,Eco Bussiness Park II dan Ill
8. Country Garden Berhad Danga Bay
9. SP Setia Group Setia lndah,Bukit lndah,Setia Tropika,Setia Bussiness ParkSetia Cascadia

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
arijf(SoaLan Bertufis 17-27 NOV 20J6

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/3
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2017)
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI PADA 17 HINGGA 27 NOVEMBER 2016

BIL. SYARIKAT PROJEK
10. UMLand Berhad Suasana Iskandar Malaysia,
UM City Medini Lakeside
Johor Halal Park di Pasir Gudang, SeriAustin
Bandar Seri Alam The Waves @ PuteriHarbour dan Viridea Lakeside,Medini.

11.Southkey Megamall Sdn. BhdCorp Berhad Mid Valley Southkey di Jalan Bakar Batu, Permas.

12. Nisshin Steel & Acerinox Bahru Stainless Steel Berhad, Tanjung Langsat, Pasir Gudang.

13. Theme Attraction Resort & Hotel Legoland Hotel & Theme Attraction,
Jen Hotel
Sanrio Town Hello Kitty dan Thomas Town (Family Theme Park)

14. Lotte Group Lotte Chemical Corporation
Lotte Chemical Titan (M) Sdn. Bhd. PasirGudang.

15. Mah Sing Properties Mah Sing 1-Park
Austin Perdana
Sierra Perdana, Pasir Gudang
Sri Pulai Perdana 1
Sri Pulai Perdana 2
Tropika lstimewa SB ( Meridin @ Medini )

16. KP J Berhad Johor Specialist Hospital,
Puteri Specialist Hospital,
Pasir Gudang Specialist Hospital,
Bondar Dato Onn Specialist Hospital.

17. BLUE Projek Pusat Data BLUE di Sedenak

18. Pantai Holdings Berhad Gleneagle Hospital, Medini

19. Hershey Co Kilang Hershey Chocolate di Senai
Airport City

20. Pinewood Malaysia Studio Pinewood Iskandar Malaysia Studio
(PIMS) di Medini

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff(Soalan bertulis 17- 27 NOV 2016
----------------------------------------------------------------- ----------------------------------------
SUKJ.(DN).BJL: 311/02/2-1/13/4/3
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULJS BAGI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2017)
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI PADA 17 HINGGA 27 NOVEMBER 2016

YB ENCIK CHEO VEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B153

Senaraikan kesemua nama kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan setinggan, bersama bilangan isi keluarga dalam daerah Johor Bahru, sehingga kini.

JAWAPAN

Mengikut bancian yang dibuat, terdapat 21 lokasi penempatan setinggan bagi keseluruhan daerah Johor Bahru yang masih dalam proses penyelesaian. Jumlah ini meliputi 2,423 unit setinggan yang masih belum selesai.

Perkampungan setinggan yang termasuk di dalam data yang dimaksudkan adalah
sebagaimana Lampiran B153.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOH
ariff(Soalan Bertulis 17- 27 NOV 2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

lokasi Mukim PBT Bil Unit KATEGORI TANAH RIZAB UTAMA STATUS PENYELESAIAN JUMLAH PENYELESAIAN BAKI SETINGGAN BElUM SElESAI
Hospital Permai Tebrau MBJB 989 TANAH KERAJAAN Tanah KPTG-Kesihatan (RIZAB HOSPITAL PERMAI) DALAM PROSES  PENYELESAIAN 356 633
Lorang Masjid Kempas Tebrau MBJB 30 TANAH KERAJAAN Rizab Parit DALAM PROSESPENYELESAIAN 0 30
Kg Lorang Permatang Lima, Kempas Tebrau MBJB 45 TANAH KERAJAAN Rizab Parit DALAM PROSES PENYELESAIAN 0 45
Kg Lorang Aman, Kempas Tebrau MBJB 47 TANAH KERAJAAN Rizab Parit DALAM PROSES PENYELESAIAN 0 47
Kg lembah Murni, Kempas Tebrau MBJB 28 TANAH KERAJAAN Rizab Parit DALAM PROSES PENYELESAIAN 0 28
Kg Plentong Baru Plentong MBJB 137 TANAH BERMILIK/SWASTA Tanah Tebrau Teguh DALAM PROSES   PENYELESAIAN 137 0
Kg Jasa Plentong MBJB 50 TANAH BERMILIK/SWASTA Tanah Tebrau Teguh DALAM PROSES PENYELESAIAN 50 0
Kg Senibong Plentong MBJB 84 TANAH BERMILIKI/SWASTA Tanah Tebrau Teguh DALAM PROSES PENYELESAIAN 84 0
Kg Saujana Baru Plentong MBJB 82 TANAH KERAJAAN & TANAH BERMILIK/SWASTA Rizab Sungai/Tanah Tebrau Teguh DALAM PROSES PENYELESAIAN 82 0
Kg Plentong Tengah Plentong MBJB 99 TANAH BERMILIK/SWASTA Tanah Tebrau Teguh /firwas Sdn Bhd DALAM PROSES PENYELESAIAN 99 0
Kg Baru Rumah 10 Plentong MBJB 127 TANAH BERMILIK/SWASTA Tanah Tebrau Teguh DALAM PROSES PENYELESAIAN 127 0
Kg Baru Pandan (Projek Penswastaan UPEN - semak) Tebrau MBJB 78 TANAH KERAJAAN & TANAH BERMILIK/SWASTA DALAM PROSES PENYELESAIAN 78 0
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LAMPIRAN 8153


Kg Laut Bt 10 Tebrau MPJBT 156 TANAH KERAJAAN & TANAH BERMILIK/SWASTA Rizab Jalan/sungai/tanah bermilik DALAM PROSES PENYELESAIAN 136 20
Kg Skudai Kiri
Bandar MBJB 675 TANAH KERAJAAN Rizab Sungai DALAM PROSES PENYELESAIAN 0 675
K;pl g Jalan Tahana Bandar MBJB 47 PENSWASTAAN UPEN PTB 19067(Penswastaan UPEN10/99)Rezab Pelupusan Sampah MBJB DALAM PROSES PENYELESAIAN 26 21
Kg Sg Temon PULAI MPJBT 56 TANAH BERMILIK/SWASTA (HSD 454096)PTD 71924 DALAM PROSES PENYELESAIAN 0 56
Kg Sg Perling PULAI MPJBT 182 TANAH BERMILIK/SWASTA (HSD 454096)PTD 71924 DALAM PROSES PENYELESAIAN 0 182
Kg Sg Perling Baru PULAI MPJBT 78 TANAH BERMILIK/SWASTA (HSD 454096)PTD 71924 DALAM PROSES PENYELESAIAN 0 78
Kg Tuah Jaya PULAI MPJBT 153 TANAH BERMILIK/SWASTA (HSD 454096)PTD 71924 DALAM PROSES PENYELESAIAN 0 153
Kg Bakar Batu-Pulai PULAI MPJBT 96 TANAH BERMILIK/SWASTA (HSD 454096)PTD 71924 PROSES PENYELESAIAN 70 26
Kg Usaha Jaya BANDAR MBJB 444 Tanah KPTG-Kementerian Kesihatam(Rizab Kusta) PROSES PENYELESAIAN 15 429
JUMLAH 1260 2423
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/3
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2017)
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI PADA 17 HINGGA 27 NOVEMBER 2016

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B154

Senaraikan semua penukaran hak milik pengusaha hotel dalam negeri Johor dari tahun 2013 sehingga kini.

JAWAPAN

Adalah dimaklumkan bahawa lesen perniagaan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian tidak boleh dipindah milik.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff (Soalan bertufis 11 · 27 NOV 2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/3 DEWAN NEGERI JOHOR
SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2017)
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI PADA 17 HINGGA 27 NOVEMBER 2016

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B155

Senaraikan bilangan pelancong luor negora yang melawat ke negeri Johor mengikut neg ora asalnya untuk tempoh to hun 2013 sehingga kini?

JAWAPAN

Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Kawasan Pengkalan Rinting, pasaran negara-negara ASEAN dan Asia adalah merupakan pasaran utama kepada industri pelancongan negeri Johor ketika ini. Singapura merupakan penyumbang terbesor diikuti Indonesia, China, Fil ipino, India dan Jepun. Melalui FGD Pelon Pembangunan Strategik Pemasaran Pelancongan Negeri Johor yang telah diadakan pada 11Januari 2016, Kerajaan negeri telah mengenal pasti pasaran baru yang boleh menyumbang kepada industri pelancongan negeri Johor iaitu negora timur tengah dan Eropah.

Berikut adalah jumlah pelawat antorabangsa mengikut 1 1 negara utama yang masuk melalui pintu-pintu masuk negeri Johor bagi tahun 2013 sehingga kini yang diperoleh doripada Jabatan lmigresen Negeri Johor :-

Bil Negara TAHUN
2013 2014 2014 Jan-SEP 2016

1 Singapura 17,410,279 16922023 12096066 8809490
2 Indonesia 2,166,665 1260174 1339065 927945
3 China 1,158,046 628087 797862 682962
4 Filipina 573,943 422201 458468 235807
5 India 448,118 299446 221037 167951
6 Jepun 316,100 218343 192787 101328
7 Korea Selatan 216,191 161385 149202 89003
8 Thailand 171,093 108739 154977 59214
9 United Kinqdom 149,441 114696 91427 39855
10 Australia 126,500 100634 84836 55052
11 Brunei 22,134 11444 8980 4513
12 Lain-Lain Negara 1,183,897 731576 745268 480285


Sumber : Jabatan lmigresen Negeri Johor


UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
anff (Soalan Bertufrs 17- 27 NOV 2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/3
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA {BAJET 2017)
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI PADA 17 HINGGA 27 NOVEMBER 2016

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B156

Senaraikan jumlah bilangan peluang pekerjaan mengikut kelayakan pendidikan dan sektor untuk jangka masa terkini.

JAWAPAN

Senarai peluang pekerjaan yang ditawarkan di negeri Johor mengikut pecahan kelayakan pendidikan bagi tahun 2016 adalah seperti berikut:

TAHAP AKADEMIK BIL. KEKOSONGAN
IJAZAH KEDOKTORAN 30
IJAZAH SARJANA 2
IJAZAH PERT AMA 210
DIPLOMA 631
MATRIKULASI 0
STPM 259
SIJIL KEMAHIRAN 1312
SPM 17388
PMR 23212
UPSR 0
JUMLAH 43,044

(Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Negen Johor)

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff(Soalan BertuliS 17 - 27 NOV) 2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/3
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KETIGA (BAJET 2017)
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
MULAI PADA 17 HINGGA 27 NOVEMBER 2016

Manakala, peluang pekerjaan yang ditaworkan mengikut pecahan sektor pula adalah seperti berikut:

JENIS INDUSTRI Bilangan

Pertanian,perhutanan dan perikanan 2048

Perlombongan dan Pengkuarian 2048

Pembuatan 29948

Bekalan Elektrik,gas wap dan pendingin udara 33

Bekalan air;pembentungan,pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan 23

Pembinaan 8945

Perdagangan borong & runcit, pembaikan kenderaan bermotor & motosikal 128

Pengangkutan & Penyimpanan 242

Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman 196

Maklumat & komunikasi 50

Aktiviti kewangan dan insurans/takaful 688

Aktiviti hartanah 1

Aktiviti profesional,saintifik dan teknikal 59

Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan 231

Pentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatan sosial wajib 21

Pendidikan 6

Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial 50

Kesenian, hiburan dan rekreasi 39

Aktiviti perkhidmatan lain 321

Aktiviti isi rumah sebagai majikan; Aktiviti mengeluarkan 0
barangan & perkhidmatan yang tidak dapat dibezakan oleh
isi rumah untuk kegunaan sendiri

Aktiviti badan dan pertubuhan luar wilayah 15

JUMLAH 43044

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
a riff (Soalan bertulis 17 - 27 NOV 2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/1/2/13/4/3
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI AHAD, 27 NOVEMBER 2016

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 28 (A 199)

Semenjak penubuhan IRDA pada tahun 2006 sehingga kini, senaraikan kesemua pelabur asing yang tarik diri dari kawasan IRDA, bersama nilai pelaburan yang terlibat?

JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Berdasarkan kepada sumber - sumber maklumat seperti berita dan laporan yang diperolehi oleh pihak IRDA antara pelabur asing yang telah menarik diri adalah seperti berikut:

• Asian Trade Centre- China Mall
• Pegasus International College
• Stelis Bio-Pharma, Bioexcell
• Metabolic Explorer, Bioexcell

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
IM (SoaLan lisan NOV 2016}
31
-------------------------------------------------------------------------------------------------------