Sunday 12 November 2017

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4   
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEEMPAT
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B116

Nyatakan penyelesaian keadaan hak milik tanah untuk Riverria Condovilla, Jalan Sri Pekaka 2, Taman Tampoi Utama?

JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Adalah dimaklumkan bahawa hak milik strata bagi Riverria Condovilla masih belum dikeluarkan kerana tiada permohonan ke atasnya dibuat oleh tuan tanah asal iaitu Yayasan Pelajaran Johor (YP J). Projek ini dibangunkan atas usaha soma antara tuan tanah dengan Kemayan Riverview Sdn. Bhd. pada tahun 1996 atas tanah Pajakan Negeri 11 042 Lot 44807 Mukim Pulai seluas 24.4 ekar.

Projek ini melibatkan pembinaan 15 blok kondominium berjumlah 1 ,028 unit
kediaman. Sehingga tahun 2005 pihak pemaju hanya membina 10 blok
kondominium dengan berjumlah 264 unit kediaman sahaja dan bakinya tidak
dibina sehingga sekarang.

Kesemua 264 unit kediaman telah dijual dan diduduki oleh pembeli-pembeli petak tetapi tuan tanah telah gagal memohon hak milik strata sehinggalah tanah tersebut telah dirampas pada 8 September 2010 kerana kegagalan menjelaskan cukai tanah.

Pihak YPJ melalui anak syarikat YP J Multi-Venture Sdn. Bhd. telah mengemukakan permohonan semula tanah tersebut dan kemudiannya telah diluluskan pada 16 Januari 2013. Hak milik baru bagi tanah ini Pajakan Negeri 64252 Lot 158952 telah didaftarkan pada 19 Oktober 2014 kepada YPJ Multi-Ventures Sdn. Bhd. YPJ MultiVentures telah memohon semula untuk melanjutkan proses pemulihan semula projek ini. Walaubagaimanapun permohonan tersebut perlu diselaraskan dengan jabatan-jabatan teknikal berkenaan untuk membolehkan cadangan pemulihan tersebut diangkat ke Jawatankuasa Perancang Negeri ( SPC) untuk tindakan selanjutnya sehingga masalah hak milik ini dapat diselesaikan.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff (Soalan bertulis 9 MAC 2017                                   
165

-----------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEEMPAT
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B118

Nyatakan butir-butir Tabung Waqaf Rakyat Johor termasuk jumlah kutipan dan kegunaan dari 2013 sehingga kini?

JAWAPAN YB TUAN HAJI ABO. MUTALIP BIN ABO. RAHIM

Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Adalah pemegang amanah tunggal harta Wakaf seluruh negeri Johor berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 [En.16/2003] Fasal 89 yang menyatakan Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazr dan amanah di dalam negeri Johor.

Perbadanan Islam Negeri Johor telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebagai Nazir Khas bagi pembangunan tanah wakaf dan kutipan tunai.

Untuk Makluman Yang Berhormat, pengurusan sumber wakaf tunai yang
dilaksanakan oleh Tabung Waqaf Rakyat Johor terbahagi kepada tiga iaitu dari individu iaitu sumbangan orang ramai tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Yang kedua dari waqaf korporat yang terdiri dari syarikat swasta, pemilik tunggal, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan,syarikat milik kerajaan dan lain-lain.

Sementara yang ketiga melalui potongan gaji oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan
Negeri, kakitangan Kerajaan Negeri Johor, badan berkanun negeri dan Pihak
Berkuasa Tempatan.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
ariff (Soalan bertulis 9 MAC 2017
167

---------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2- 1/ 13/ 4/ 4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEEMPAT
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE- 13
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B119

Senaraikan butir-butir berkenaan Pembangunan Taman Tema Gunung Pulai yang
dinyatakan dalam Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru 2025.

JAWAPAN YB DATUK HAJI ABO. LATIFF BIN SANDI

Untuk makluman Yang Berhormat, Draf Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru
Dan Kulai 2025 (Penggantian), telah mencadangkan Taman Hutan Negeri Gunung Pulai sebagai Taman Wi layah. Cadangan Taman Wilayah Gunung Pulai akan menempatkan pelbagai kemudahan dan aktiviti rekreasi bagi kunjungan dan kegunaan semua golongan umur masyarakat di Daerah Johor Bahru dan Kulai serta secara langsung mampu menjadi daya tarikan dan pusat tumpuan penduduk dari luar ke Johor Bahru.

Berikut merupakan cadangan komponen bagi Taman Wilayah Gunung Pulai :-

Cadangan komponen-komponen pembangunan di Taman Wilayah Gunung Pulai
Zon Kluster Taman Tema Awam
- 'River Park'
- Kawasan Berkelah I Kawasan BBQ
- Air Terjun Buatan
- Tasik I Kolam
- Taman Rimba
- Kawasan Tempo! Letak Kenderaan
- Pondok
- Tandas
- Sur au
- Pusat lnformasi

Zon Kl uster Sukan Ekstrem
- 'Wa ll Climbing'
- Sukan Air'
- 'Amphitheater'
- Galeri
- R&R I Tempat Rehatl Gerai I Cafe
- Equastrian
- Gelanggang Papan Luncur
- 'Paintball'

Zon Kluster 'Life Recreation'
- Padang Golf
- Taman Informal
- Kompleks Sukan Rakan Muda
- Perkampungan 'Spa'
- Dataran Bersenam I Poco-Poco
- Gelanggang Kereta Kawalan Jauh

Zon Kluster Rekreasi Pendidikan
- Amphitheater
- Dataran Belajar
- Taman botani
- Taman herba
- Tempat rehat
- Pusat lnformasi

Zon Rekreasi Rabung
- Menara Pandang
- 'Trail'
- Kawasan Berkelah
- Gazebo

Sumber: Draf Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru & Kula1 2025 (Penggantian)


UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
anff (Soalan bertulis 9 MAC 2017
168

----------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEEMPAT
BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-13
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO YEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN B120

Senaraikan kesemua kes pembuangan sisa pepejal haram di Daerah Johor Bahru untuk tahun 2016.

JAWAPAN YB DATUK HAJI ABD. LATIFF BIN BANDI

Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 121 lokasi sampah haram telah dikenal pasti pada tahun 2015 di Daerah Johor Bahru yang meliputi 3 pihak PBT iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan juga Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Tindakan pembersihan telah dilaksanakan sepenuhnya di semua lokasi sampah haram tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat 18 lokasi baru yang dikenal pasti dan 1 0 lokasi yang masih berulang pada tahun 2016. Tindakan pembersihan dilakukan dari semasa ke semasa dan pemasangan papan tanda larangan membuang sampah oleh pihak SWM. Pihak PBT turut memberi kerjasama dengan membina pengadang, pagar sementara dan menanam pokok landskap bagi mengelakkan pembuangan sampah berulang.

Dalam konteks penguatkuasaan, pihak SWCorp sentiasa membuat pemantauan ke
atas semua lokasi sampah haram melalui tindakan operasi bersepadu bersama
pihak PBT dan inisiatif sendiri melalui operasi intip dan cekup.

UNIT DEWAN
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
a riff (Soalan bertulis 9 MAC 2017
169

-----------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4                         
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO VEE HOW  (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 147  (A149)

Senaraikan  kesemua  pemberian tanah  untuk  tujuan  tanah  perkuburan awam  bukan  Islam  dalam negeri Johor dari tahun 2010 sehingga kini.

JAWAPAN VAB MENTERi BESAR

Mengikut  rekod   pentadbiran tanah,  terdapat sebanyak  74  tapak  perkuburan bukan  Islam  yang berdaftar di seluruh negeri Johor. Bilangan ini adalah bersesuaian  dan seimbang dengan populasi penduduk  di daerah-daerah.

Dari tahun  2010, Kerajaan Negeri telah  meluluskan sebanyak empat  (4) pemberimilikan tanah  bagi tujuan  perkuburan awam bukan Islam.

Satu tapak  di Daerah  Batu  Pahat, seluas 4.064  hektar,    Satu tapak  di Daerah  Kulai, seluas
1.042 hektar.    Satu tapak  di Daerah  Muar,  seluas 1.839  hektar, dan satu  tapak  di Daerah 
Johor  Bahru seluas 0.8096 hektar.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN  NEGERI  JOHOR MAC 2017 (ina)
185

-------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).Bil: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO VEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 148 (A150)

Nyatakan sebab-sebab harga ikan naik secara mendadak baru-baru ini.

JAWAPAN VB DATUK TEE SlEW KIONG

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, umumnya asas sistem ekonomi yang diamalkan negara ketika ini adalah ekonomi pasaran bebas berdasarkan permintaan dan pengeluaran (demand and supply) yang mana harga sesuatu barang dan perkhidmatan ditentukan oleh kuasa pasaran dan
Ke rajaan tidak mengawal harga, dalam hal in i ia merujuk kepada barangan berkaitan hasil laut. Selain GST, perubahan harga sesuatu barang dan perkhidmatan sama ada naik, turun atau tidak berubah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti perubahan dalam harga input bahan pengeluaran,
kos buruh, upah, sewa dan utiliti. Turun na ik nilai mata wang akan mempengaruhi harga barangan khususnya yang di import. Keadaan cuaca dan kawalan penyakit pula mempengaruhi pengeluaran yang turut mempengaruhi harga. Permintaan yang tinggi oleh pengguna melebihi penawaran juga
akan mengakibatkan berlaku perubahan harga. Bagi hasil-hasil laut juga tidak terlepas daripada perkara-perkara yang dinyatakan kerana pihak kerajaan tidak mengawal harga bagi penjualan hasil-hasil laut yang akan mengakibatkan perubahan harga di pasaran.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
MAC 2017 (ina)
186

----------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO VEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 149 (A151)

Senaraikan kesemua pelan tindakan mengatasi banjir kilat dalam Daerah Johor Bahru bersama kos perbelanjaan pelan masing-masing dari tahun 2010 sehingga kini.

JAWAPAN VB DATUK HAJJ AVUB BIN RAHMAT

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) adalah sebuah agensi kerajaan yang tugas hakikinya adalah merancang, memudah cara  dan mempromosi Iskandar Malaysia. Sesuai dengan tanggungjawab itu, IRDA telah mewujudkan kerjasama dengan pelbagai agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri dalam melaksana amanah yang diberi, seperti mana termaktub di bawah Akta 664 penubuhannya sebagai sebuah pihak berkuasa wilayah ekonomi.

Selepas lebih 10 tahun penubuhannya, banyak projek dan program telah dapat dilaksana termasuk projek-projek berimpak tinggi yang matlamatnya adalah untuk mewujudkan persekitaran kondusif dan kehidupan lebih berkualiti untuk dinikmati rakyat dan kalangan pengunjung serta pelabur ke wilayah ini.

Antara inisiatif di laksana ialah projek peremajaan Sungai Segget atau Sungai Segget Rejuvenation Project dengan izin, salah satu daripada 11 Key Result Area (KRA). Projek ini sedang dibangunkan di bawah Program Transformasi Johor Bahru.


Projek ini mempunyai pelbagai objektif, dan antara yang utama adalah membangunkan system
tebatan banjir di dalam bandar,meningkatkan kualiti air Sungai Segget, membangunkan asas struktur baru sungai berkenaan, dan membangunkan sistem pembetungan baru untuk kawasan pusat bandar raya Johor Bahru.

Selain itu, objektif projek Sungai Segget ialah membangunkan aktiviti-aktiviti komersil rekreasi,kebudayaan dan sosioekonomi baru di dalam bandar yang akhirnya akan menjadi tempat tarikan kepada sama ada penduduk tempatan mahu pun pelancong.

Projek pemulihan Sungai Segget dilaksanakan dalam 3 Fasa:-

Fasa pertama membabitkan pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Berpusat atau Central Sewerage
Treatment Plant (CSTP), dengan izin, setinggi empat (4) tingkat iaitu bersamaan dengan bangunan pejabat standard 11 tingkat, berkapasiti 150,000 People Equivalent (PE) .

Fasa kedua pula membabitkan pembinaan struktur baru Sungai Segget sepanjang 1.2 kilometer,
pembangunan sistem tebatan banjir automatik, pembangunan rangkaian sistem saliran pembetungan baru, pembinaan laluan pejalan kaki di sepanjang Sungai Segget dan penyediaan landskap asas sungai berkenaan.

Fasa Ketiga, membabitkan kerja-kerja landskap terperinci Sungai Segget serta menaik taraf Jalan Wong Ah Fook. Bagi Fasa Ketiga ini, penmding telah pun dilantik pada Disember 2016 dan sedang menjalankan reka bentuk kejuruteraan terperinci bagi landskap dan menaik taraf Jalan Wong Ah Fook yang dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada awal 2019.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
MAC 2017 (ina)
187

-----------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

Kerja-kerja pembinaan Fasa Pertama telah dimulakan Jun 2013 dengan peruntukan Kerajaan
Persekutuan sebanyak RM120 juta (termasuk kos pengambilan tanah), manakala Fasa Kedua telah dimulakan Januari 2014 dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM120 juta.

Kedua-dua Fasa 1 dan 2, secara fizikalnya telah siap pada akhir tahun 2016 yang mana pada ketika ini sedang dalam ujian dan pentauliahan atau Testing and Commissioning, dengan izin, membabitkan kerja-kerja pelarasan dan pembetulan. Ia di jangka beroperasi sepenuhnya pada April, 2017.

Orang ramai telah mula menikmati kemudahan-kemudahan disediakan seperti laluan pejalan kaki, dua (2) jambatan merentasi Sungai Segget serta kualiti air Sungai Segget yang lebih baik sejak Januari 2017 yang lalu.

Laluan pejalan kaki yang disediakan sekarang adalah merupakan asas penyediaan bagi Fasa Ketiga (yang dijangka bermula pada akhir tahun 2017) yang mana ia telah dibuat di bawah Pakej 2 bagi keselesaan orang ramai.

Merujuk kepada kejadian banjir kilat pada 2 Januari 2017 yang lalu, ingin dimaklumkan bahawa kejadian berlaku di empat (4) lokasi berasingan di sekitar pembangunan Sungai Segget.

Berikutan kejadian itu, beberapa pelarasan telah dilakukan di lokasi-lokasi dikenal pasti bagi membolehkan limpahan air daripada hujan lebat serta air permukaan dapat dilepaskan terus ke Sungai Segget. Pihak kami juga akan memastikan pam dan peralatan berfungsi dengan baik pada setiap masa.

Pihak IRDA turut melaksanakan kerja-kerja pembersihan yang berterusan di kawasan pada rangkaian perparitan di sekitar kawasan Jalan Wong Ah Fook termasuk sistem perparitan yang tersumbat.

Pemantauan berterusan dilakukan dengan kerjasama dan komitmen semua agensi-agensi berkaitan, bagi memastikan kejadian banjir kilat di Pusat Bandaraya Johor Bahru tidak berulang.

Kesimpulannya, projek Sungai Segget adalah satu kaedah yang telah terbukti berupaya menangani masalah banjir, apabila hujan lebat serentak dengan kejadian air pasang besar, baru-baru ini, dapat di kawal dengan baik dan berkesan.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
MAC 2017 (ina)
188

--------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO VEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 150 (A152)

Pada 30 Jun 2004, IRDA menetapkan sasaran untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di bandar raya Johor Bahru menjelang 2015, jadi apakah hasil-hasil kerja yang berkenaan dengan kenyataan yang disebutkan di atas?

JAWAPAN VAB MENTERI BESAR

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) adalah sebuah agensi kerajaan yang tugas hakikinya adalah merancang, memudah cara dan mempromosi Iskandar Malaysia.

Antara penyelesaian kepada masalah banjir di bandar raya Johor Bahru adalah projek peremajaan Sungai Segget atau Sungai Segget Rejuvenation Project dengan izin, salah satu daripada 11 Key Result Area (KRA). Projek ini sedang dibangunkan di bawah Program Transformasi Johor Bahru.

Projek pemulihan Sungai Segget dilaksanakan dalam 3 Fasa.

Fasa Pertama membabitkan pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Berpusat atau Central Sewerage
Treatment Plant (CSTP), dengan izin, setinggi empat (4) tingkat iaitu bersamaan dengan bangunan pejabat standard 11 tingkat, berkapasiti 150,000 People Equivalent (PE).

Fasa Kedua pula membabitkan pembinaan struktur baru Sungai Segget sepanjang 1.2 kilometer,
pembangunan sistem tebatan banjir automatik, pembangunan rangkaian sistem saliran
pembetungan baru, pembinaan laluan pejalan kaki di sepanjang Sungai Segget dan penyediaan
landskap asas sungai berkenaan.

Fasa Ketiga, membabitkan kerja-kerja landskap terperinci Sungai Segget serta menaik taraf Jalan Wong Ah Fook. Bagi Fasa Ketiga ini, perunding telah pun dilantik pada Disember 2016 dan sedang menjalankan reka bentuk kejuruteraan terperinci bagi landskap dan menaik taraf Jalan Wong Ah Fook yang dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada awal 2019.
Kerja-kerja pembinaan Fasa Pertama telah dimulakan Jun 2013 dengan peruntukan Kerajaan
Persekutuan sebanyak RM120 juta (termasuk kos pengambilan tanah), manakala Fasa Kedua telah dimulakan Januari 2014 dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM120 juta.

Kedua-dua Fasa 1 dan 2, secara fizikalnya telah siap pada akhir tahun 2016 yang mana pada ketika ini sedang dalam ujian dan pentauliahan atau Testing and Commissioning, dengan izin, membabitkan kerja-kerja pelarasan dan pembetulan. Ia dijangka beroperasi sepenuhnya pada April, 2017.

Orang ramai telah mula menikmati kemudahan-kemudahan disediakan seperti laluan pejalan kaki, dua (2) jambatan merentasi Sungai Segget serta kualiti air Sungai Segget yang lebih baik sejak Januari 2017 yang lalu.

Laluan pejalan kaki yang disediakan sekarang adalah merupakan asas penyediaan bagi Fasa Ketiga (yang dijangka bermula pada akhir tahun 2017) yang mana ia telah dibuat di bawah Pakej 2 bagi keselesaan orang ramai.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTUL/S DEWAN NEGERI JOHOR
MAC 2017 (ina)
189

---------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

Pihak IRDA turut melaksanakan kerja-kerja pembersihan yang berterusan di kawasan pada rangkaian perparitan di sekitar kawasan Jalan Wong Ah Fook termasuk sistem perparitan yang tersumbat.

Kesimpulannya, projek Sungai Segget adalah satu kaedah yang telah terbukti berupaya menangani masalah banjir, apabila hujan lebat serentak dengan kejadian air pasang besar, baru-baru ini, dapat dikawal dengan baik dan berkesan.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
MAC 2017 (ina)
190

-----------------------------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BJL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LJSAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMJS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO VEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 151 (A153)

Terdapat satu tapak pembuangan sampah yang luas di penghujung Jalan Selesa Jaya, setakat ini apakah status tapak tersebut?

JAWAPAN VB DATUK HAJI ABO. LA TIFF BIN BANDI

UNTUK MAKLUMAN, STATUS TANAH TERSEBUT MERUPAKAN HAK MILIK PERSENDIRIAN. SIASATAN
BERSAMA TELAH DILAKSANAKAN OLEH SWCORP, AHLI MAJLIS DAN MPJBT PADA 15 JANUARI 2017.
TINDAKAN PEMADAMAN PEMBAKARAN TERBUKA Dl KAWASAN TERSEBUT TELAH DILAKSANAKAN PADA 18 JANUARI 2017 OLEH PIHAK MPJBT. HASIL DARIPADA SEMAKAN MENDAPATI TANAH MILIK
PERSENDIRIAN TERSEBUT TERLETAK Dl LOT 3004 SEMPADAN ANTARA BANDAR SELESA JAVA DAN
TAMAN MELAWATI. NOTIS MENGKEHENDAKI KACAU GANGGU DIHAPUSKAN TELAH DIHANTAR
KEPADA PEMILIK TANAH HENDAKLAH MEMATUHI SYARAT NOTIS DALAM TEMPOH 14 HARI PADA 16
FEBRUARI 2017. PEMILIK TANAH TELAH MENGAMBIL TINDAKAN MEMBERSIHKAN LONGGOKAN
SAMPAH DIKAWASAN TERSEBUT. SELAIN ITU, MEREKA JUGA TELAH MENGOREK LONGKANG DAN
MELETAKKAN PENGHADANG BAGI MENGELAKKAN KENDERAAN LUAR MASUK KE DALAM KAWASAN
TERSEBUT.

STATUS SELESAI.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
MAC 2017 (ina)
191

-------------------------------------------------------------------
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/13/4/4
DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN
Di PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
PADA HARI KHAMIS, 9 MAC 2017

YB ENCIK CHEO VEE HOW (PENGKALAN RINTING)
SOALAN 152 (A154)

Apakah status terkini pembangunan infrastruktur berkenaan pusat membeli belah terbengkalai Lot 1 Waterfront menjadi tempat meletak kenderaan awam?

JAWAPAN YB DATUK HAJI ABO. LA TIFF BIN BANDI

UNTUK MAKLUMAN AHLI-AHLI YANG BERHORMAT, MELALUI KERJASAMA ANTARA PEMILIK BANGUNAN LOT 1 DAN PIHAK MBJB, BEBERAPA TINDAKAN TELAH PUN DIBUAT BAG I MENJADIKAN LOT1SEBAGAI TEMPAT LETAK KERETA AWAM UNTUK MENANGANI ISU KESESAKAN TRAFIK DAN
KEKURANGAN TEMPAT LETAK KERETA Dl SEKITAR BANGUNAN MBJB, JOTIC, DAN MAHKAMAH. INI
TERMASUKLAH KERJA-KERJA PEMBERSIHAN TAPAK DAN PEMBINAAN PONDOK KAWALAN TELAH
DIBUAT OLEH PEMILIK BANGUNAN. TLK LOT 1 TELAH DIBUKA KEPADA ORANG AWAM BERMULA
BULAN APRIL 2016 DENGAN KAPAS ITI 300 UNIT PETAK LETAK KENDERAAN DISEDIAKAN. PEMILIK
TELAH PUN MEMBUKA TEMPAT LETAK KERETA TERSEBUT SECARA PERCUMA UNTUK TEMPOH
BEBERAPA BULAN LAGI BAGI MENGGALAKKAN PENGGUNAANYA. NAMUN, SAMBUTAN YANG DITERIMA KURANG MENGGALAKKAN.

UNIT DEWAN,
PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
MAC 2017 (ina)
192

--------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment